TERMA & SYARAT PENGGUNAAN LAMAN WEB
Laman web www.yfamalaysia.com dan blog yfamalaysia2020.blogspot.com (selepas ini disebut sebagai "WWW.YFAMALAYSIA.COM") dihasilkan oleh Pemilik yfamalaysia@gmail.com, Admin yfamalaysia2020.blogspot.com dan Admin www.yfamalaysia.com (selepas ini disebut sebagai "ADMIN YFAMALAYSIA.COM") untuk CIMB-YFA Bintang Muda, dulunya dikenali juga sebagai Youth Football Academy - YFA (selepas ini disebut sebagai "CIMB-YFA"). Dengan melayari dan menggunakan WWW.YFAMALAYSIA.COM, anda adalah terikat kepada semua syarat-syarat dan peraturan yang telah tetapkan.
SILA BACA SYARAT DAN PERATURAN DI BAWAH DENGAN TELITI. DENGAN MELAYARI DAN MENGGUNAKAN WWW.YFAMALAYSIA.COM, ANDA BERSETUJU DAN FAHAM BAHAWA ANDA TERIKAT KEPADA SYARAT DAN PERATURAN TERSEBUT.
PENGGUNAAN BAHAN & ISI
Kandungan di WWW.YFAMALAYSIA.COM adalah hakcipta ADMIN YFAMALAYSIA.COM dan CIMB-YFA. Segala gambar, ilustrasi, grafik, ayat, kata-kata dan lain-lain yang disiarkan disini adalah hakmilik ADMIN YFAMALAYSIA.COM, tidak kira sama ada ianya diakses secara terus atau menggunakan kata laluan. Tanpa sebarang kebenaran bertulis dari ADMIN YFAMALAYSIA, anda tidak dibenarkan menjual, meniru, membuat duplikasi, mengedar, mengubah, memanipulasi, menyiarkan apa-apa kandungan yang terdapat di WWW.YFAMALAYSIA.COM dan laman web yang bersangkut-paut dengannya, dalam apa jua cara dan bentuk, untuk apa jua tujuan.
SUMBANGAN ANDA
Segala sumbangan anda dalam apa jua cara (media elektronik, pos dan lain-lain) dan apa jua bentuk sumbangan (gambar, artikel, mesej dan lain-lain) adalah terikat kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah didefinasikan di sini. Dengan menyumbang atau menyiarkan bahan-bahan anda disini, anda secara automatik membenarkan ADMIN YFAMALAYSIA.COM untuk menggunakan bahan-bahan tersebut dalam apa jua cara yang dikehendaki.
ADMIN YFAMALAYSIA.COM juga berhak memakai, mengubah, menduplikasi, menyiarkan, mengedarkan dan mengeksploitasi bahan-bahan tersebut dalam apa jua cara dan bentuk, media atau teknologi selagi ianya tidak melanggar undang-undang yang sedia ada. ADMIN YFAMALAYSIA.COM juga berhak memberikan bahan-bahan ini kepada individu atau pihak lain untuk digunapakai oleh mereka dalam apa jua bentuk dan cara, dimana individu atau pihak lain tersebut juga tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada.
ADMIN YFAMALAYSIA.COM tidak bertanggungjawab ke atas kandungan bahan-bahan yang dihantar oleh anda dan kemungkinan yang akan berlaku disebabkan kandungan tersebut. Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan-bahan yang dihantar dan disiarkan, dan kemungkinan yang akan berlaku disebabkan oleh bahan-bahan tersebut. Anda dilarang sama sekali menghantar atau menyiarkan bahan-bahan dari hakcipta pihak lain (melainkan pihak tersebut membenarkan), bahan-bahan yang menyalahi mana-mana undang-undang, peraturan atau hak intelektual dari mana-mana pihak lain, bahan-bahan yang mengandungi unsur lucah, peras ugut, memalukan, benci atau menyentuh isu-isu peribadi, sesuatu pihak atau politik sama ada dari segi kaum, agama atau kebudayaan secara langsung atau tidak langsung, terhadap individu atau pihak lain; sebarang bentuk iklan, skim piramid, surat berantai, e-mel sampah, virus elektronik atau apa-apa program elektronik; meyamar atau mewakili individu, pihak atau syarikat lain tanpa kebenaran mereka; mengakses WWW.YFAMALAYSIA.COM untuk mengumpul maklumat individu-individu untuk tujuan-tujuan tertentu; mengakses bahagian dan data-data yang dilindungi atau bukan untuk akses umum (yang hanya boleh diakses oleh ADMIN YFAMALAYSIA.COM) yang terdapat dalam WWW.YFAMALAYSIA.COM.
ADMIN YFAMALAYSIA.COM tidak mewakili, bertanggungjawab atau mengesahkan bahawa kandungan bahan-bahan atau pendapat-pendapat yang dihantar atau disiarkan oleh pengguna WWW.YFAMALAYSIA.COM adalah benar, tepat atau didapati dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Anda haruslah ingat bahawa, maklumat yang diperolehi disini boleh digunapakai atau dipercayai dibawah tanggungan sendiri.
ADMIN YFAMALAYSIA.COM tidak akan dengan terlebih dahulu mengawasi atau bertanggungjawab untuk bahan-bahan yang dihantar oleh pengguna. Tetapi jika ADMIN YFAMALAYSIA.COM sedar atau mengetahui yang syarat dan peraturan ADMIN YFAMALAYSIA.COM tidak dipatuhi, ADMIN YFAMALAYSIA.COM akan menyelidik dan berhak mengambil tindakan sama ada ke atas bahan-bahan tersebut atau pengguna yang menghantarnya, dengan mengubah atau melupuskan bahan tersebut dan menamatkan akses pengguna tersebut ke WWW.YFAMALAYSIA.COM; dan kami juga berhak melaporkan perkara-perkara ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut diambil.
PENAFIAN
Penggunaan dan layaran di WWW.YFAMALAYSIA.COM ini adalah di atas risiko anda sendiri. ADMIN YFAMALAYSIA.COM tidak mewakili atau menjamin bahawa kandungan WWW.YFAMALAYSIA.COM adalah tepat, tidak mempunyai sebarang kesalahan, benar, dari sumber yang boleh dipercayai atau penggunaan anda ke atas kandungan tersebut tidak melanggar syarat dan peraturan pihak lain. ADMIN YFAMALAYSIA.COM tidak menjamin yang fungsi-fungsi dan servis-servis yang ditawarkan di WWW.YFAMALAYSIA.COM berjalan tanpa masalah; atau pelayan web WWW.YFAMALAYSIA.COM bebas dari segala virus elektronik, program elektronik atau perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya; dan tidak akan menanggung kos-kos daripada apa-apa segi yang terpaksa ditanggung oleh pihak anda disebabkan oleh bahaya-bahaya ini.
SEGALA APA YANG DIPERLIHATKAN ATAU DIDAPATI DI WWW.YFAMALAYSIA.COM ADALAH 'SEPERTI YANG DILIHAT' DAN 'SEPERTI YANG SEDIA ADA' TANPA SEBARANG JAMINAN DARI APA-APA SEGI, SAMA ADA DIUCAPKAN, DINYATAKAN,DISIFATKAN ATAU DIBABITKAN TERMASUKLAH, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN ATAU BARANG YANG DISIFATKAN ITU, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU ATAUPUN PELANGGARAN ATAU PENCABULAN. ADMIN YFAMALAYSIA.COM TIDAK MENJAMIN BAHAWA ISI KANDUNGAN DAN BAHAN-BAHAN DI WWW.YFAMALAYSIA.COM ADALAH TEPAT, BOLEH DIPERCAYAI, LENGKAP ATAU TEMPOHNYA BELUM LUPUT; ATAU TIADA JAMINAN MENGENAI APLIKASI, TEKS, GRAFIK, PAUTAN ATAU KEPUTUSAN, YANG DIDAPATI DARIPADA PENGGUNAAN WWW.YFAMALAYSIA.COM.
ADMIN YFAMALAYSIA.COM tidak akan bertanggungjawab dan tidak menjamin kualiti produk atau servis yang diperolehi dari pihak-pihak yang mengiklan disini, melalui info dan maklumat yang diperolehi anda hasil dari penggunaan dan pelayaran di WWW.YFAMALAYSIA.COM. Sila maklum yang sesetengah bidang kuasa mungkin tidak membenarkan pengecualian terhadap jaminan yang disifatkan, oleh itu, sesetengah pengecualian di atas, mungkin tidak melibatkan anda.
PEMBATASAN TANGGUNGJAWAB
ADMIN YFAMALAYSIA.COM tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kerugian, secara langsung atau tidak langsung hasil daripada pelayaran, pengaksesan, penggunaan atau ketidakboleh gunaan WWW.YFAMALAYSIA.COM atau isi kandungannya, sama ada berasaskan atau berdasarkan jaminan, kontrak, undang-undang untuk kesalahan yang mana pihak yang terjejas boleh menuntut ganti rugi atau mana-mana teori undang-undang, dan sama ada ADMIN YFAMALAYSIA.COM telah dinasihatkan atau tidak, tentang kemungkinan berlakunya kerosakan atau kerugian tersebut. Sila maklum yang sesetengah bidang kuasa mungkin tidak membenarkan pengecualian atau menghadkan tanggungjawab terhadap akibat langsung atau sampingan kerosakan tersebut, oleh itu, sesetengah pengecualian di atas mungkin tidak melibatkan anda.
PAUTAN
ADMIN YFAMALAYSIA.COM tidak mengulas atau mengkaji semua laman web yang berpaut di WWW.YFAMALAYSIA.COM dan tidak akan bertanggungjawab untuk ketersediaan, isi kandungan atau ketepatan terhadap mana-mana halaman atau laman web tersebut. Pautan-pautan yang terdapat di sini tidak bererti ianya disokong atau dijamin oleh ADMIN YFAMALAYSIA.COM. Memasuki pautan tersebut ke halaman lain atau laman web lain adalah di atas risiko anda sendiri. ADMIN YFAMALAYSIA.COM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang akan dialami anda atau pihak lain, yang berkait dengan halaman atau laman web pihak tersebut. Kami menasihatkan anda supaya membaca dahulu syarat dan peraturan halaman atau laman web tersebut, kerana mungkin syarat mereka tidak sama dengan syarat dan peraturan kami.
PENAMATAN
Anda bersetuju bahawa ADMIN YFAMALAYSIA.COM mungkin menamatkan penggunaan anda di WWW.YFAMALAYSIA.COM jika mendapati anda melanggar atau tidak mematuhi syarat dan peraturan yang terdapat di sini, atau mencabuli hakcipta ADMIN YFAMALAYSIA.COM atau mana-mana pihak lain, atau untuk apa-apa sebab, dengan memaklumkan atau tidak memaklumkan anda. ADMIN YFAMALAYSIA.COM juga mungkin dan berhak mengubahsuai atau menamatkan WWW.YFAMALAYSIA.COM, sama ada memaklumkan atau tidak memaklumkannya kepada pengguna. ADMIN YFAMALAYSIA.COM tidak akan bertanggungjawab terhadap anda atau pihak lain hasil dari pengubahsuaian atau penamatan WWW.YFAMALAYSIA.COM.
Syarat dan peraturan di sini yang bertajuk 'Penggunaan Bahan dan Isi Kandungan di WWW.YFAMALAYSIA.COM', 'Sumbangan Anda', 'Penafian', 'Pembatasan Tanggungjawab', 'Syarat-syarat Umum', 'Ganti rugi', 'Tanda dagangan' dan 'Hak cipta' akan tetap kekal dengan persetujuan untuk menggunakan WWW.YFAMALAYSIA.COM.
SYARAT-SYARAT UMUM
ADMIN YFAMALAYSIA.COM mengawal dan menjaga WWW.YFAMALAYSIA.COM dari ibu pejabatnya di Malaysia, dan tidak mewakili atau menggambarkan yang isi kandungan di WWW.YFAMALAYSIA.COM adalah bersesuaian, boleh didapati atau sedia digunakan di tempat-tempat lain. Jika anda menggunakan WWW.YFAMALAYSIA.COM dari di tempat lain, penggunaan anda adalah di atas risiko sendiri dan bertanggungjawab mematuhi undang-undang tempatan, tetapi diingatkan bahawa akses ke isi kandungan kami mungkin salah di sisi undang-undang untuk pengguna-pengguna tertentu atau negara-negara tertentu. Jika mana-mana daripada syarat dan peraturan ini tidak dapat dikuatkuasakan, syarat dan peraturan tersebut akan dikuatkuasakan mengikut undang-undang yang sedia ada ke tahap semaksimum mungkin, dan syarat dan peraturan yang selebihnya akan berkuatkuasa sepenuhnya seperti biasa. Jika anda mempunyai apa-apa tindakan terhadap WWW.YFAMALAYSIA.COM, ianya hendaklah dijalankan dalam tempoh setahun selepas tarikh tuntutan, jika tindakan diambil selepas tempoh tersebut, segala tuntutan dan tindakan adalah terbatal, dilarang dan tersekat. Semua syarat dan peraturan ini adalah tertakluk mengikut undang-undang negara Malaysia, dan tidak terkecuali walaupun ia bercanggah dengan peruntukan undang-undang lain. Apa-apa tindakan sah atau perbicaraan yang berkait dengan akses atau penggunaan anda di WWW.YFAMALAYSIA.COM atau isi kandungannya, akan berada di bawah kuasa mahkamah persekutuan di Malaysia, dan anda bersetuju bahawa ia adalah terletak ke atas bidang kuasa mahkamah tersebut.
GANTI RUGI
Anda bersetuju untuk mempertahankan dan membayar ganti rugi terhadap ADMIN YFAMALAYSIA.COM, pegawainya, pengarah urusan, pekerja, ejen dan sekutunya, terhadap dan dari segala macam tuntutan, tindakan atau permintaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, bayaran guaman dan akaun, yang timbul atau berpunca daripada penggunaan WWW.YFAMALAYSIA.COM oleh anda atau jika anda melanggar syarat dan peraturan di sini. ADMIN YFAMALAYSIA.COM akan memberikan notis kepada anda dengan segera terhadap apa-apa tuntutan, saman atau perbicaraan jika ianya melibatkan anda.
TANDA DAGANGAN
Segala tanda dagangan, logo dan yang bertanda ('tanda dagangan' terkumpul) yang terdapat di WWW.YFAMALAYSIA.COM adalah tanda dagangan berdaftar dan tidak berdaftar ADMIN YFAMALAYSIA.COM dan pihak yang berkaitan. Tiada apa yang terdapat di WWW.YFAMALAYSIA.COM boleh diertikan sebagai memberi kebenaran, sama ada disifatkan, estopel atau sebaliknya, apa-apa lesen atau kebenaran untuk menggunakan apa-apa tanda dagangan yang terdapat di WWW.YFAMALAYSIA.COM, sebelum mendapat kebenaran bertulis dari ADMIN YFAMALAYSIA.COM atau pihak lain yang memiliki atau berhak ke atas tanda dagangan tersebut. Penyalah gunaan anda terhadap tanda dagangan yang tedapat di WWW.YFAMALAYSIA.COM, atau apa-apa isi kandungan di WWW.YFAMALAYSIA.COM, kecuali yang dibenarkan, adalah dilarang sama sekali.
HAKCIPTA
Segala isi kandungan yang terdapat di WWW.YFAMALAYSIA.COM seperti teks, grafik, logo, butang seretan, imej, klip audio dan perisian, adalah harta milik ADMIN YFAMALAYSIA.COM atau pihak yang membekalkan bahan-bahan tersebut, dan ia dilindungi oleh undang-undang Malaysia dan undang-undang hak cipta antarabangsa. Kompilasi (iaitu pengumpulan, penyusunan, pemasangan dan himpunan) semua isi kandungan di WWW.YFAMALAYSIA.COM adalah harta dan hak cipta terpelihara ADMIN YFAMALAYSIA.COM dan ia dilindungi oleh undang-undang Malaysia dan undang-undang hak cipta antarabangsa. Penghasilan semula, pengubahsuaian, pengedaran, penyebaran, pemindahan, penerbitan semula, siaran atau pertunjukan, segala isi kandungan WWW.YFAMALAYSIA.COM, adalah dilarang sama sekali.
KATA LALUAN
Anda mungkin menerima kata laluan yang berkaitan dengan penggunaan anda di WWW.YFAMALAYSIA.COM. Anda bertanggungjawab untuk menjaga kerahsiaan kata laluan dan akaun anda, dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala aktiviti yang berlaku di bawah penggunaan kata laluan dan akaun tersebut.
Segala isi kandungan di WWW.YFAMALAYSIA.COM adalah hakcipta ADMIN YFAMALAYSIA.COM. Segala gambar, ilustrasi, grafik, ayat, kata-kata dan lain-lain yang disiarkan disini adalah hakmilik ADMIN YFAMALAYSIA.COM, tidak kira sama ada ianya diakses secara terus atau menggunakan kata laluan. Tanpa sebarang kebenaran bertulis dari ADMIN YFAMALAYSIA.COM, anda tidak dibenarkan menjual, meniru, membuat duplikasi, mengedar, mengubah, memanupulasi, menyiarkan apa-apa kandungan yang terdapat di WWW.YFAMALAYSIA.COM dan laman web yang bersangkut-paut dengannya, dalam apa jua cara dan bentuk, untuk apa jua tujuan