07 Januari, 2001

SIAPA KAMI


LOGO
Mengikut FASAL 5 PERLEMBAGAAN kelab baru ini, logo/lambang kelab baru ini membawa maksud seperti berikut:

  • Logo/Lambang kelab ini adalah SEMUT MEMBAWA BOLA
  • Semut membawa maksud bijak, laju, rajin, cekap dan bersatu
  • Bola adalah lambang sukan bolasepak
  • Bintang melambangkan wawasan

Warna pada logo/lambang:
  • Biru Muda melambangkan perpaduan
  • Biru tua melambangkan kemenangan
  • Putih melambangkan suci
  • Merah melambangkan keberanian
  • Kuning melambangkan warna diraja

PENGENALAN

CIMB-YFA BINTANG MUDA (dulunya dikenali juga sebagai YOUTH FOOTBALL ACADEMY -YFA) telah ditubuhkan pada 31hb Ogos 2003 di Sentul untuk menjalankan latihan bolasepak bagi kanak kanak dan remaja berumur dari 6 tahun hingga ke 17 tahun dengan hasrat menjadikan Malaysia pada tahun 2018 nanti sebagai sebuah kuasa elit dalam bolasepak diperingkat Asia serta antarabangsa dengan persembahan yang lebih konsisten.

Seiring dengan ini, Program Tunas Bolasepak, Program Tunas Cemerlang and CIMB-YFA Bintang Muda perlu dan harus memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pemain pemain yang berkualiti untuk bermain di peringkat negeri, negara serta peringkat antarabangsa. Adalah amat penting kepada kanak kanak ini diberikan pendedahan asas bolasepak yang awal demi untuk melahirkan pemain pemain bolasepak Malaysia akan datang. CIMB-YFA Bintang Muda akan melahirkan kumpulan pemain pemain bolasepak remaja yang terlatih dan berpotensi untuk digilap sebagai bintang baru bolasepak Malaysia!

Sebagai perancangan jangka panjang, CIMB-YFA Bintang Muda akan memokuskan ke arah pembentukan individu pemain yang berkebolehan kerana jika terdapat kelompok umur pemain bolasepak yang lemah, maka tidak mustahil Malaysia akan mempunyai kelompok pasukan kebangsaan yang lemah juga di masa akan datang!


MISI

Menjadi pusat untuk melahirkan kelompok pemain pemain yang mahir, kuat dan mantap dari segi teknikal, tektikal dan mental.


OBJEKTIF
  • Melahirkan pemain yang berpendidikan bolasepak untuk diserapkan ke pasukan elit
  • Melahirkan pemain yang komited dan memiliki kualiti mahu menang untuk diserapkan ke pasukan elit
  • Melahirkan pemain yang boleh menjadi contoh kepada pemain lain
  • Merancang, menilai, menguji dan memantau prestasi pemain dan jurulatih
  • Mengembalikan kegemilangan bolasepak Malaysia dengan melahirkan pemain pemain berbakat
  • Membimbing remaja agar membabitkan diri dengan sukan
  • Mengelakkan remaja dari terjebak dengan aktiviti tidak sihat
  • Melahirkan jurulatih bolasepak akademik dan profesional yang menggunakan sains sukan untuk membantu mengembangkan kualiti pemain


SEPINTAS LALU

TARIKH PENUBUHAN

31 Ogos 2003 - Cawangan Sentul
25 Januari 2004 - Cawangan Pandan Indah (Pasukan Liga KL Div. 1)
26 Disember 2004 - Cawangan Cheras
1 September 2010 - Cawangan SRJK (C) On Pong, Ampang
1 May 2011 - Cawangan Selayang (Kampung Selayang Indah)
1 Julai 2011 - Cawangan SJK (C) Chung Kwok, Kuala Lumpur
1 Oktober 2011 - Cawangan Taman Ibukota, Gombak
16 Januari 2012 - Cawangan SM Sri KDU, Kota Damansara
4 February 2012 - Cawangan Sg. Buloh (Taman Rahman Putra)




JURULATIH
26 Orang


SYARAT UMUR PENYERTAAN
5 tahun hingga 16 tahun
(Pelatih berusia 16 tahun dan ke atas akan diserapkan ke Kelab CIMB-YFA Bintang Muda Liga Divisyen 1 Kuala Lumpur)




PENTADBIRAN



CIMB YFA Carta Organisasi

Pengurusan;





Alamat Surat Menyurat

Pengarah Teknikal
CIMB-YFA Bintang Muda
No. 7C, Jalan Pandan Indah 3/3A,
Pandan Indah,
55100 Kuala Lumpur


Telefon

016-6788041 (Office)
016-6750081 (Coach Rada)


Email Berkaitan YFA Bintang Muda
youth_football2020@yahoo.com

Email Berkaitan YFAMALAYSIA.COM
yfamalaysia@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...