Memaparkan catatan dengan label IBUBAPA PELATIH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IBUBAPA PELATIH. Papar semua catatan

28 September, 2009

IBUBAPA PELATIH (BHGN 3)

***************************************
Anda bukanlah Alex Ferguson, Carlo Ancelotti, Rafa Benitez maupun
Arsene Wenger. Jadi, bergembiralah semasa anak anda berlatih / bertanding
***************************************

Anda ingin berlatih bersama anak anda dan disamping menurunkan "ilmu bolasepak" anda. Berikut adalah beberapa petua yang anda harus fikirkan sebelum bermula:
  1. Gunakan saiz bola yang sesuai untuk anak anda. Anda tentu mahukan peralatan yang terbaik untuk anda anda menimba pengalaman awalnya dalam sukan bolasepak
  2. Hindarkan dari selalu menghentikan latihan untuk membetulkan anak anda. Berikan bola kepada mereka dan biarkan mereka berseronok. Cristiano Ronaldo bukanlah secara tiba tiba membuat aksi yang menarik ketika mengawal bola. Beliau berlatih berjam jam dan pastinya melakukan kesalahan pada peringkat awalnya.
  3. Hindarkan dari menjadi terlalu 'teknikal'. Biarkan anak anda berseronok bersama bolanya.
  4. Galakkan anda anda mencuba benda baru. Sebagai contoh, bolehkah mereka menendang bola dengan menggunakan bahagian kaki dalam, luar dan tengah?
  5. Perkenalkan aktiviti yang mempunyai unsur unsur larian, tangkapan, lontaran, imbangan badan yang mana boleh membantu perkembangan fizikal anak anda
  6. Berikan semangat agar anak anda berfikiran positif semasa berlatih. Dengan berlatih akan memahirkan lagi anak anda.
  7. Pujilah anak anda di mana perlu.
  8. Biarkan anak anda gembira kerana hanya dengan cara ini sajalah mereka akan berminat untuk berlatih bolasepak lagi.
Biarkan anak anda beroleh pengalaman menerusi pertandingan yang disertainya ...

13 September, 2009

IBUBAPA PELATIH (BHGN 2)

***************************************
Mengapa anak anak kita bermain bolasepak?
***************************************

Ada banyak sebab mengapa anak anak kita bermain bolasepak:
  1. Untuk bersama kawan
  2. Untuk memperbaiki skil bolasepak mereka
  3. Untuk merasai kemeriahan dalam sesuatu pertandingan
  4. Untuk menjadi sebahagian dari ahli pasukan bolasepak
  5. Untuk bermain bolasepak
  6. Untuk menjadi pemain profesional apabila dewasa nanti
  7. Atas dorongan kita walaupun kadang kadang dorongan itu terlampau dan menjadikan anak anak ini merasa tertekan
  8. Kerana ia menyeronokkan!
Antara sebab sebab lain mungkin juga kerana:
  1. Ia mudah untuk dimainkan. Hanya memerlukan bola dan penanda gol
  2. Ia hanya mempunyai 17 peraturan sahaja dan kebanyakannya, walaupun tidak mengetahui kesemua peraturan tersebut, tidak menghalang anak anak ini bermain dan berseronok. Kadangkala mereka akan membuat peraturan mereka sendiri!
  3. Ia tidak memerlukan peralatan peribadi seperti reket badminton, kayu hoki dan sebagainya yang menjadikan bolasepak adalah antara permainan yang paling murah untuk dimainkan.
Apakah kelebihan bermain bolasepak kepada anak anak kita?
  1. Menyediakan aktiviti yang sihat
  2. Menggalakan mereka bersenam dan cergas
  3. Membina keyakinan
  4. Membantu anak anak bercampur gaul
  5. Membina disiplin diri
  6. Menggalakan perasaan menghormati diri sendiri dan orang lain
  7. Membina semangat berpasukan dan kerjasama
  8. Membantu anak anak menghadapi kejayaan dan kegagalan
  9. Membantu membina kemahiran berinteraksi
  10. Menyediakan cabaran
  11. Membolehkan anak anak berjumpa kawan baru
  12. Menggalakan kita sebagai ibubapa meluangkan masa untuk anak anak kita
Faktor yang menghalang anak anak untuk bermain bolasepak:
  1. Televisyen
  2. Pemakanan
  3. Masa tidur yang tidak mencukupi
  4. Kesibukan ibubapa
  5. Sekolah yang tidak mementingkan aktiviti luar bilik darjah
Antara sebab sebab lain mungkin juga kerana:
  1. Leka mendengar muzik
  2. Berjalan jalan di komplek membeli belah
  3. Melepak bersama kawan kawan
  4. Menonton wayang
  5. Permainan komputer
  6. Melayari internet
Sebagai ibubapa pelatih CIMB-YFA Bintang Muda, mengapakah bolasepak yang anda mahukan untuk anak anda?

06 September, 2009

IBUBAPA PELATIH (BHGN 1)

***************************************
Semua dari kita pernah menyaksikannya
Separuh dari kita pernah memainkannya
Suku dari kita pernah membaca mengenainya
Dan yang paling istimewa adalah mereka yang berjasa ...
tetapi tidak bercakap mengenainya
***************************************

Tugas kita sebagai ibubapa pelatih CIMB-YFA Bintang Muda adalah untuk menyokong, membimbing dan mengembangkan sifat kecintaan dan keseronokan sukan hebat ini kepada anak anak kita.

Secara amnya, pengaruh paling kuat dalam kehidupan kanak kanak adalah ibubapa mereka dan kebanyakan pelatih CIMB-YFA Bintang Muda didorong oleh minat mendalam ibubapa mereka dalam sukan bolasepak.

Sebagai permulaan, ingin diperjelaskan bahawa perkara paling utama menjadi ibubapa pelatih CIMB-YFA Bintang Muda bukanlah kerana anda pernah mewakili Malaysia dalam sukan bolasepak ataupun kerana anda tanpa gagal menonton setiap perlawanan yang disiarkan secara langsung dikaca televisyen.

Sebenarnya sebagai ibubapa pelatih CIMB-YFA, sokongan, dorongan serta memberi semangat adalah paling utama.

Pada sesetengah ibubapa pelatih CIMB-YFA Bintang Muda, aspek sokongan, dorongan dan memberi semangat berlaku semasa anak anak menjalani latihan atau perlawanan. Sesetengahnya pula secara sukarela membawa minuman atau makanan malah ada juga yang mula menjinakkan diri sebagai penolong jurulatih. Walau apapun yang anda lakukan, pastikan ianya tidak membosankan serta menarik minat anda.

Anda mungkin pernah mejadi pemain, jurulatih, pengadil dan juga peminat. Tetapi harus diingat bahawa kini anda adalah ibubapa pelatih CIMB-YFA Bintang Muda dan anda boleh menjadi seorang:
  1. Jurulatih
  2. Mentor
  3. Pemandu
  4. Kaunselor
  5. Pasukan sorak
  6. Pegawai perubatan
  7. Penyedia makanan ringan
  8. Jurucakap
  9. Pengumpul bola
  10. Pembawa air/ais
  11. dan lain lain lagi ...
Perhatikan senarai tugasan di atas dan fikirkan bagaimana anda boleh membantu kerana tiba pada masanya, bantuan anda akan diminta.

Tugas sebagai ibubapa pelatih CIMB-YFA Bintang Muda memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Kadang-kadang juga ianya sangat mencabar dan kadangkala terasa seperti tidak dihargai sepenuhnya. Tetapi pada masa yang sama ia juga boleh mendatangkan keseronokan serta pengalaman yang paling bernilai dalam hidup anda.

Jadi ... apa tunggu lagi ... jadilah ibubapa pelatih CIMB-YFA Bintang Muda yang menyokong, mendorong dan memberi semangat kepada anak anda!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...