27 Februari, 2007

PERTUKARAN LOKASI LATIHAN UNTUK KATEGORI 'UNDER 8'

Pengarah Kejurulatihan Youth Football Academy (YFA), En Radha Krishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa akan berlaku perubahan lokasi latihan mingguan seperti yang tertera di bawah yang akan membabitkan pemain untuk Kategori U8 YFA Pandan Indah seperti berikut:

Tarikh
11 Mac 2007 (Ahad)

Masa
4.00 petang hingga 6.00 petang

Lokasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah (SMKPI)

Oleh yang demikian, para ibubapa kepada pemain yang terbabit dapat menguruskan pengangkutan anak masing² ke lokasi seperti yang telah dimaklumkan seperti di atas. Sila ambil perhatian bahawa perubahan lokasi ini hanyalah untuk tarikh yang dinyatakan di atas sahaja. Latihan pada hari lain adalah seperti biasa.

Kerjasama semua diucapkan ribuan terima kasih.

19 Februari, 2007

KUNJUNGAN KE YFA SUNGAI BULOH

Satu lawatan akan diadakan ke Youth Football Academy (YFA) Sungai Buloh pada masa dan tarikh seperti berikut:


Tarikh : 24 Februari 2007 (Sabtu)
Masa : 3.30 petang hingga 6.30 petang


Para ibubapa yang berminat untuk membawa anak masing², boleh berkumpul di padang MPAJ sebelum jam 2.30 petang pada hari tersebut. Disamping itu, beberapa siri perlawanan persahabatan akan diadakan diantara YFA Sungai Buloh, YFA Pandan Indah dan SMK Saujana Utama, Sungai Buloh.


Mana² pemain yang telah terpilih dalam perlawanan persahabatan ini, dikehendaki berada di padang SMK Saujana Utama sebelum jam 3.30 petang ataupun boleh berkumpul di padang MPAJ seperti yang tertera diatas.


Sekian, harap maklum dan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang meraikannya.

10 Februari, 2007

TAHUN BARU CINA - LATIHAN SEPERTI BIASA

Pengarah Kejurulatihan YFA, En. Radhakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa latihan akan tetap dijalankan seperti biasa pada Ahad hadapan (18 Feb 2007) walaupun terdapat cuti umum sempena Tahun Baru Cina.



Oleh yang demikian, semua 4 pusat latihanYFA sekitar Lembah Klang akan berlatih seperti biasa.



Sekian ... harap maklum.

09 Februari, 2007

PERSAHABATAN MENENTANG MBPJ

Satu perlawanan persahabatan diantara Youth Football Academy (YFA) menentang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan di adakan pada hari Ahad ini seperti berikut:

Tarikh
11 Februari 2007 (Ahad)

Masa
8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Lokasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah (SMKPI)

Kategori
2 pasukan setiap kategori (U8, U10, U12, U14 & U16)

Para pemain diingatkan supaya berada di padang SMKPI sebelum jam 7.30 pagi. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak SMKPI kerana mengizinkan pihak YFA menggunakan padang sekolah SMKPI bagi acara ini.


Sekian ... harap maklum.

07 Februari, 2007

YFAMALAYSIA.COM BERWAJAH BARU!!!

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung YFAMALAYSIA.COM yang saya hormati ...

Mulai hari ini, 7hb. Februari 2007, anda akan mendapati laman web rasmi YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA) ini telahpun berwajah baru!!! ... kini ia tampil dengan versi terbaru (V2).

Berbagai perubahan ketara akan anda dapati dan seiring dengan perpindahan ini, info² lama akan dikemaskinikan secepat mungkin. Jika anda mempunyai sebarang cadangan/pandangan mengenai laman web versi terbaru ini, sila kemukakannya di halaman FORUM.
Teruskan bersama kami untuk info² terkini mengenai YFA!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...