28 Januari, 2008

PERTUKARAN MASA LATIHAN CAWANGAN PANDAN INDAH

Pengarah Teknikal YFA BINTANG MUDA, En Radhakrishnan Nadeson telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa pertukaran masa latihan untuk cawangan PandanIndah adalah seperti berikut:

Sabtu : 4.00 petang

Ahad : 4.30 petang (seperti biasa)

Masa latihan baru ini akan berkuatuasa mulai 2 Februari 2008.

Beliau juga mengingatkan kepada para ibubapa yang masih belum menjelaskan yuran bulanan, agar dapat berbuat demikian secepat mungkin agar anak anak mereka tidak dikecualikan dari sebarang pertandingan maupun perlawanan persahabatan.

Sebarang keterangan lanjut boleh berhubung dengan beliau ataupun Puan Amirtha.

Sekian, harap maklum.

22 Januari, 2008

YFA BINTANG MUDA DI TELEFON BIMBIT ANDA?

Anda kini boleh mendapatkan informasi mengenai YFA BINTANG MUDA walau di mana sahaja anda berada. Caranya? ...

Mudah sahaja. Anda hanya memerlukan telefon bimbit anda dan pastikan telefon tersebut memiliki akses internet. Rata rata telefon bimbit sekarang memiliki kemudahan tersebut. Sudah bersedia? ... Sila ikuti langkah langkah berikut:


  1. Pilih 'Internet Service'
  2. Masukkan alamat http://tagtag.com/yfakbbm
  3. Beres!

Anda kini boleh menyelusuri halaman berikut menerusi telefon bimbit anda:

  1. PENGENALAN
  2. SEPINTAS LALU
  3. MISI & OBJEKTIF
  4. PENCAPAIAN KELAB
  5. PENCAPAIAN PELATIH
  6. LATIHAN
  7. PENDAFTARAN

Semoga info yang terdapat di YFA BINTANG MUDA @ WAP ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya.

Salam hormat!

04 Januari, 2008

YFA-BINTANG MUDA SETANDING SOCCER KIDS!

(Petikan dari 'the star online' - Sabtu, 22 Disember 2007)

Proving their mettle

By Y.P. SIVAM

THERE is no dearth of young talents in football. This was evident during TV3's nation wide Soccer Kids programme to identify potential players in the Under-12 age group.

The coaching panel comprising former international Ong Kim Swee, Mohamed Asri Ninggal, Yong Wai Hwang and Sazali Mohamed Waras had been involved in the Soccer Kids programme.

Ong, who had played for Malacca and Sarawak in the M-League, said about 15,000 children had taken part in the programme.

After an evaluation and weeding process, the coaching panel had picked 24 players and finally 16 were named for a friendly match against the visiting Vissel Kobe.

Ong said the selected players had undergone a rigorous training programme and they showed a lot of commitment.

“After monitoring the players, I don’t think we have any shortage of young talents. The most important thing is how we groom them for the bigger challenge ahead. We have to draw up a more intensive training programme for them.

“The FA of Malaysia (FAM) and Education Ministry have been involved in this programme. So there is every possibility for the selected players to join Bandar Penawar Sports School (BPSS) in Johor,” said Ong.

While undergoing centralised training, Soccer Kids had played a series of friendly matches. They had defeated Royal Selangor Club (7-0); Brazilian Football Academy (4-2); Bangsar Youth Soccer Club (3-1); and drew with Youth Football Academy (1-1).

Against Vissel Kobe at the Petaling Jaya Stadium in Kelana Jaya recently, Soccer Kids showed their mettle and notched a slim 1-0 win. Shahrul Aiman Suhaimi scored the winning goal.

Mohamed Sharul Hakim was named as the winner of the Tiger Hero award. He was also voted as the best midfielder.

Adman Aidil Iskandar Rosli was named as the best striker while the best goalkeeper award went to Muhammad Anis Ismail and Muhammad Irfan Zakaria won the best defender award.

TV3 chief executive officer Datuk Seri Farid Ridzuan said they initiated the programme to provide a platform for young children aged below 12 a chance to learn the basics involved in football.

(http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2007/12/22/central/19785755&sec=central)

02 Januari, 2008

PERUTUSAN 2008

PERUTUSAN KHAS 2008 PENGARAH TEKNIKAL YFA BINTANG MUDA

Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua pelatih, ibubapa pelatih, jurulatih dan juga anda yang telah menyokong YFA Bintang Muda dari dulu, kini dan akan datang.

Dalam tahun 2008 ini, pihak pentadbiran bersama para jurulatih telah bermesyuarat serta bersetuju untuk merangka aktiviti berikut untuk sepanjang tahun 2008 khas untuk kemajuan para pelatih YFA Bintang Muda dan juga untuk kemajuan bolasepak remaja di Malaysia secara amnya.

Antara perancangan tersebut adalah seperti berikut:

Festival Piala Bolasepak Remaja U8, U10 & U12
Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane Kuala Lumpur
Februari 2008

Festival Piala Bolasepak Remaja U14 & U17
Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane Kuala Lumpur
Mac 2008

Festival Bolasepak Remaja U12
Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane Kuala Lumpur
Mei 2008 (2 hari)

Festival Bolasepak Remaja U14
Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane Kuala Lumpur
September 2008 (2 hari)

Festival Skil Bolasepak Remaja U14
Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane Kuala Lumpur
November 2008

Majlis Penyampaian Sijil 2008
Disember 2008

Disamping itu juga, kami bercadang untuk mengadakan Klinik Kejurulatihan untuk peringkat sekolah & daerah.

Sementara itu, YFA Bintang Muda telah mendapat jemputan untuk bertanding dalam perlawanan perlawanan berikut untuk sepanjang tahun 2008 ini:

Liga MPAJ - U14 & U16
Piala Perdana Nike Perdana Manchester United - U16
Piala Remaja Kuala Lumpur - U17
Kejohanan Remaja Melaka - U14 & U17
Kejohanan Remaja Antarabangsa Singapura - U12
Kejohanan Remaja Antarabangsa RSC 7 Sebelah - U12
Kejohanan Remaja RSC - U8, U10, U12, U14 & U16
Kejohanan Remaja FAM - U8, U10, U12, U14 & U16
Kejohanan Remaja Daerah Hulu Langat - U12
Kejohanan Remaja PNSB - U8, U10, U12 & U14
Kejohanan Remaja Gen Pro - U15
Kejohanan Remaja MBPJ - U8, U10, U12, U14 & U16
Kejohanan Remaja PKNS - U8, U10, U12, U14 & U16
Kejohanan Remaja Felda Lurah Bilut Bentong Pahang - U8, U10, U12, U14 & U16
Kejohanan Remaja Bintang Biru Pulau Pinang - U12 & U16
Liga Divisyen 1 Kuala Lumpur - YFA Bintang Muda FC

Dengan perancangan serta penyertaan yang telah dirangka oleh pihak pengurusan YFA Bintang Muda, kami berharap agar para pelatih kami akan mendapat pendedahan yang lebih luas lagi berbanding dari tahun sebelumnya.

Kami juga mengharapkan para ibubapa dapat memberikan sokongan serta dorongan kepada anak-anak mereka untuk terus bergiat aktif dalam sukan bolasepak memandangkan negara kita akan ketandusan pencapaian jika tiada barisan pelapis dibentuk dari sekarang.

Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana sudi meluangkan masa melayari laman web kami. Kami juga mengharapkan para ibubapa akan terus memberikan sokongan baik dari segi moral, tenaga, masa maupun wang demi kemajuan bersama.

"PROGRAM BOLASEPAK MALAYSIA MENUJU PIALA DUNIA 2008"
"MASA DEPAN BOLASEPAK MALAYSIA BERMULA DI SINI"
"SOCCER BEGINS HERE"

Radhakrishnan Nadesan
Pengarah Teknikal
YFA Bintang Muda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...