28 April, 2008

YFA BINTANG MUDA MENYERLAH DI KEJOHANAN ANTARABANGSA LITTLE LEAGUE 2008

Syabas dan tahniah kepada 'kontijen' YFA Bintang Muda kerana sekali lagi telah mempamerkan persembahan yang menyakinkan semasa di Kejohanan Antarabangsa Little League 2008.

Secara keseluruhannya, para pelatih YFA Bintang Muda telah berjaya membuktikan latihan yang mereka jalani selama ini tidaklah sia sia sahaja. Penguasaan permainan amat ketara serta tidak boleh dinafikan di mana sahaja YFA Bintang Muda sedang bertanding, pasti kiri dan kanan padang penuh dengan para penonton yang ingin menyaksikan persembahan pelatih cilik ini.

Keputusan penuh adalah seperti berikut:

U8
- Juara
- Pemain Terbaik Kejohanan (Muhd Alif Haikal Bin Adzrin)

U10
- Tempat Ke 4

U12
- Tempat ke 5

U14
- Juara
- Pemain Terbaik Kejohanan (Muhd Hadin Bin Azman)

Tahniah kepada semua pelatih yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Kepada yang kurang berjaya, berusaha lagi dengan lebih gigih untuk kejohanan di masa hadapan.

Tidak dilupakan juga para ibubapa yang telah memberikan sokongan padu serta tanpa berbelah bagi disepanjang kejohanan ini.

Sekian.

21 April, 2008

KEPUTUSAN LIGA PRO (PERLAWANAN KE 4)

Pada hari Sabtu, 19 April 2008 yang baru lalu, YFA Bintang Muda telah menjadi tuan rumah kepada Royal Selangor Club (RSC).

Disebabkan keadaan padang yang tidak mengizinkan, lokasi perlawanan telah ditukarkan ke padang RSC.

Cuaca pada pagi itu sangat baik mengiringi kedatangan pasukan YFA Bintang Muda. Perlawanan dimulakan dengan kategori U12 diikuti dengan U10 dan diakhiri dengan U14.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

U10
YFA Bintang Muda 2 - 1 Royal Selangor Club (RSC)

U12
YFA Bintang Muda 0 - 1 Royal Selangor Club (RSC)

U14
YFA Bintang Muda 7 - 1 Royal Selangor Club (RSC)

Sekali lagi, tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang bernasib baik, cuba lagi pada perlawanan 2 minggu dari sekarang.

16 April, 2008

KEJOHANAN ANTARABANGSA LITTLE LEAGUE 2008

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, En. Radhakrishnan Nadeson telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa YFA Bintang Muda telah mendapat jemputan untuk menyertai Kejohanan Antarabangsa Little League 2008.

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh
26 - 27hb April 2008 (Sabtu & Ahad)

Masa
8.00 pagi - 6.00 petang

Lokasi
Alice Smith School, Taman Equine, Seri Kambangan Selangor


Kategori Penyertaan
U8, U10, U12 & U14

Format Pertandingan
7 pemain padang dan 5 pemain simpanan (12 pemain), 15 minit perlawanan

Pemain yang terpilih dikehendaki berada di lokasi kejohanan pada atau sebelum jam 8.00 pagi.

Semoga pasukan YFA Bintang Muda beroleh kejayaan dalam setiap kategori yang disertai.

14 April, 2008

KEPUTUSAN LIGA PRO (PERLAWANAN KE 3)

Pada hari Sabtu, 12 April 2008 yang baru lalu, YFA Bintang Muda U10 & U12 telah berkunjung ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya FC untuk sebuah lagi perlawanan Liga Pro.

Cuaca yang pada mulanya cerah telah beransur gelap sehingga hujan lebat beserta kilat telah memaksa perlawanan dimulakan agak lewat dari dijadualkan.

Walaubagaimanapun, sejurus sahaja hujan berhenti, perlawanan dimulakan dan keputusan adalah seperti berikut:

U10
YFA Bintang Muda 2 - 1 Majlis Bandaraya Petaling Jaya FC

U12
YFA Bintang Muda 0 - 1 Majlis Bandaraya Petaling Jaya FC

Sementara itu, YFA Bintang Muda U14 telah berkunjung ke Brazilian Football Academy pada Ahad 13 April 2008 untuk perlawanan mereka. Keputusan akhir adalah seperti berikut:

U14
YFA Bintang Muda 3 - 0 Brazilian Football Academy

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang bernasib baik, cuba lagi pada perlawanan minggu hadapan.

07 April, 2008

KEPUTUSAN LIGA PRO (PERLAWANAN KE 2)

Pada hari Sabtu, 5hb April 2008 yang lalu, YFA Bintang Muda telah menjadi tuan rumah kepada Little Leagure Soccer.

Perlawanan diadakan pada jam 3.00 petang. Cuaca panas tidak menghalang para pelatih menumpukan perhatian kepada perlawanan yang di jalankan. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

U10
YFA Bintang Muda 0 - 3 Little League Soccer

U12
YFA Bintang Muda 1 - 0 Little League Soccer

U14
YFA Bintang Muda 2 - 1 Little League Soccer

Sabtu minggu hadapan, jam 3.00 petang, YFA Bintang Muda akan berkunjung ke MBPJ pula untuk mengharungi perlawanan ke 3.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...