21 Jun, 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA



CIMB YFA Bintang Muda sekali lagi akan mengadakan satu perlawanan persahabatan 'antarabangsa' seperti butiran berikut:

Tarikh
Sabtu, 27 Jun 2009

Masa & Keputusan
U13 (8.30 pagi)
CIMB YFA 3 - 2 ASIOP

U11 (3.30 petang)
CIMB YFA 0 - 2 ASIOP


U15 (4.30 petang)
CIMB YFA 2 - 0 ASIOP

Lokasi
Stadium Mini SMK Seri Permaisuri

Kategori
U11, U13 & U15 sahaja

Perlawanan persahabatan 'antarabangsa' ini akan menemukan CIMB YFA Bintang Muda dengan pasukan dari Akademi Sepakbola Inti Olah Prima (AS IOP), sebuah akademi bolasepak yang terkenal di Jakarta yang diasaskan oleh bekas lagenda bolasepak Indonesia, Ronny Pattinasarani (9 Februari 1949 - 19 September 2008).

Warga CIMB YFA Bintang Muda dipelawa hadir untuk memberi sokongan.

17 Jun, 2009

SELAMAT HARI BAPA (AHAD, 21 JUN 2009)


Dikesempatan ini, Pentadbiran CIMB YFA Bintang Muda ingin merakamkan ucapan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para bapa yang selama ini bersusah payah tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan anak mereka mendapat pendedahan yang sempurna dalam sukan bolasepak.

BAPA INSPIRASI KAMI!

(Buat para anak, isteri mahupun sesiapa sahaja yang mahu memasukkan gambar bapa atau suami bolehlah berbuat demikian dengan menghantarkan gambar bapa / suami yang jelas ke yfamalaysia@gmail.com untuk disiarkan sempena Hari Bapa 2009 sebelum Isnin, 22 Jun 2009)

14 Jun, 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA

CIMB YFA Bintang Muda akan mengadakan satu perlawanan persahabatan 'antarabangsa' seperti butiran berikut:

Tarikh
16 Jun 2009

Masa
5.00 Petang

Lokasi
Stadium MBPJ Kelana Jaya

Kategori
U14 sahaja

Perlawanan persahabatan 'antarabangsa' ini akan menemukan CIMB YFA U14 dengan pasukan kebangsaan Arab Saudi U14!

Warga CIMB YFA Bintang Muda dpelawa hadir untuk memberi sokongan.


KEPUTUSAN

CIMB YFA 2 - 2 ARAB SAUDI

Tahniah!!!




06 Jun, 2009

LATIHAN SABTU 20 JUN 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa latihan bagi cawangan cawangan berikut akan ditukarkan masa atau lokasi pada hari Sabtu, 20 Jun 2009 akan datang.

Cawangan Pandan Indah
Masa : 8.00 pagi hinga 10.00 pagi

Cawangan Sentul
Masa : 8.00 pagi hinga 10.00 pagi

Cawangan Cheras (U8, U10 & U12 sahaja)
Masa : 8.00 pagi hinga 10.00 pagi
Lokasi : Pandan Indah

Perubahan ini hanyalah untuk hari Sabtu sahaja memandangkan semua jurulatih perlu menghadir mesyuarat pada sebelah petangnya. Latihan pada hari Ahad, 21 Jun 2009 adalah seperti biasa.


MAKLUMAT MENGENAI LATIHAN & YFA BINTANG MUDA
Ibubapa/penjaga kepada pelatih yang tidak dapat hadir ke latihan atau ingin mengetahui tentang aktiviti atau pertukaran masa/lokasi latihan diminta menghubungi jurulatih kategori masing masing seperti berikut:

Pandan Indah
U8 : Coach Ghaneh (016-371 4528) & Coach Mahat(013-399 1456)
U10 : Coach Azreen (017-306 0839) & Coach Kanesh (017-296 9218)
U12 : Coach Azam (012-281 7554) & Coach Irwan (016-273 5016)
U14 : Coach Vinoth (016-235 3024) & Coach Rizal (012-282 0372)

Cheras
U8, U10 & U12 : Coach Azreen (017-306 0839)
U16 : Coach Siva (014-3290404

Sentul
U8, U10 & U12 : Coach Adi (012-342 5865)
U14 : Coach Appu (016-694 5242)

Cadangan & Aduan
Coach Rada (016-675 0081)

Kewangan & Pendaftaran Baru
Puan Amita

Kerjasama semua ibubapa/penjaga amatlah dihargai.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...