19 Januari, 2001

SUKARELAWAN YFAMALAYSIA.COM

Hai ...

Tugas mengumpulkan maklumat dan info untuk tatapan semua kadangkala memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang yang bukannya sedikit. Tidak semua aktiviti yang berkaitan dengan YFA Bintang Muda seperti perlawanan persahabatan, kejohanan maupun aktiviti riadah lain yang membabitkan para pelatih YFA Bintang Muda dapat diikuti sepenuhnya.

Oleh yang demikian, YFAMALAYSIA.COM mempelawa para ibubapa yang berminat untuk menjadi SUKARELAWAN YFAMALAYSIA.COM dengan menghantar informasi menerusi EMEL atau SMS yang berkaitan dengan aktiviti pelatih YFA Bintang Muda untuk dipaparkan atau dikemaskini di dalam WWW.YFAMALAYSIA.COM

EMEL (yfamalaysia@gmail.com)

Tiada pendaftaran diperlukan. Apa yang anda perlu lakukan adalah menghantar:
  1. Artikel berbentuk laporan beserta TAJUK.
  2. Gambar-gambar yang boleh menambah keceriaan pembaca (tiada had bilangan gambar, lagi banyak lagi bagus)
  3. Nama penuh anda beserta nombor HP
  4. Nama penuh anak dan kategori umur
Hantarkan artikel anda ke yfamalaysia@gmail.com. Setiap kiriman artikel akan dicatatkan butiran 3 dan 4 di atas sebagai tanda penghargaan kepada anda, itupun jika tiada halangan dari pihak anda.

Disamping itu juga, anda boleh juga memaklumkan sebarang keputusan perlawanan yang disertai para pelatih YFA Bintang Muda dengan lebih cepat dan mudah menerusi SMS.

SMS (0169069393)

Tiada pendaftaran diperlukan. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menghantar SMS ke 016.906.9393 yang mengandungi butiran berikut:
  1. Nama kejohanan
  2. Kategori umur
  3. Pasukan yang ditandingi & keputusan perlawanan (menang/kalah/seri) & jumlah jaringan ATAU keputusan akhir (Johan/Naib Johan/Ke 3 dan sebagainya)
  4. Nama penuh anda
  5. Nama penuh anak
Contoh :
(Kejohanan RSC) (U8) (Lwn Bintang Biru menang 4-0) (Ali Bin Abu) (Ahmad Bin Ali)
(Kejohanan RSC) (U8) (Johan) (Ali Bin Abu) (Ahmad Bin Ali)

P/S : Apabila menghantar SMS, tanda kurungan "( )" tidak perlu, di atas sebagai contoh sahaja


Jadi ... apa tunggu lagi, hantarkan artikel & SMS anda sekarang juga!



* Dengan menghantar artikel ke yfamalaysia@gmail.com, anda tertakluk kepada TERMA WEB yang boleh didapati di panel kiri YFAMALAYSIA.COM.

** Setiap kiriman artikel akan menjadi hak milik kekal YFAMALAYSIA.COM dan kami berhak untuk mengubah, memadam atau langsung tidak memaparkan artikel anda di laman web YFAMALAYSIA.COM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...