04 September, 2006

KARNIVAL BOLASEPAK U-8 YFA


Tanggal 3 September 2006 merupakan detik yang tidak dapat dilupakan apabila kesemua pelatih bawah 8 tahun telah mengambil bahagian dalam karnival ini. Pelatih² dari cawangan Pandan Indah dan Sentul telah dibahagikan kepada 12 pasukan dengan 5 orang setiap satunya. Masing² membawa nama pasukan yang telah berjaya ke Piala Dunia 2006 baru² ini seperti Argentina, Brazil dan tidak terkecuali pasukan negara kita, Malaysia.

Istimewanya karnival kali ini adalah ianya telah dianjurkan dengan kerjasama para ibubapa kepada pelatih yang terlibat. Para pengurus pasukan secara automatik menjadi jurulatih pasukan telah dipilih dari ibubapa kepada pelatih 8 tahun sendiri.

Karnival bermula pada jam 8.30 pagi di mana 12 pasukan telah dipecahkan kepada 2 kumpulan dengan 6 pasukan setiap kumpulan. Semua pemain mempamerkan semangat permainan yang bersungguh sungguh demi memastikan pasukan mereka layak ke peringkat suku akhir.

Perlawanan akhir yang penuh dramatik diantara pasukan Argentina menentang pasukan Malaysia berkesudahan dengan 2 - 2 telah memaksa penentuan juara kepada sepakan penalti. Namun juara masih gagal ditentukan apabila jaringan selepas sepakan penalti berkesudahan 2 -2 juga.

Setelah persetujuan dari kedua dua pengurus pasukan, penentuan juara telah ditentukan menerusi undian duit syiling yang berkesudahan pasukan Argentina menjuarainya. Penjaring terbanyak kernival jatuh kepada Ikmal Hakim dan Mohd Syazwan dari pasukan Argentina. Hadiah² telah disampaikan oleh CEO Figos selaku penaja iaitu En. Tang Kok Wai.

Terima kasih kepada para ibubapa yang telah sudi menyumbangkan bantuan dari segi masa, tenaga dan wang. Pastinya dengan sumbangan² ini, Karnival Bolasepak YFA U-8 telah menjadi satu pesta yang sangat meriah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...