23 Oktober, 2006

KARNIVAL BOLASEPAK BAWAH 12 TAHUN FIGOS, MILO, MISC & YFA


Satu Karnival Bolasepak Bawah 12 tahun akan dilangsungkan seperti butiran yang tercatat di bawah:

Tarikh
11 November 2006 (Peingkat Kumpulan)

Tarikh
12 November 2006 (Separuh Akhir & Final)
Masa
8.00 pagi hingga 6 petang
Lokasi
Pusat Sukan Kampung Pandan
Karnival ini adalah hasil kerjasama diantara Figos, Milo, MISC serta YFA. Sebanyak 16 pasukan pasukan akan bertanding antaranya FAM, Gen Pro, Arsenal Soccer School, Bonggo FC, MBPJ, Brazilian Soccer, Little League serta pasukan dari tuan rumah sendiri iaitu YFA.

Sesiapa yang berminat bolehlah datang beramai-ramai bagi memeriahkan karnival ini.

16 Oktober, 2006

SEKITAR PERLAWANAN PERSAHABATAN MENENTANG JAPAN INTERNATIONAL SCHOOL


Walaupun berada di dalam bulan Ramadan, ianya tidak sekali-kali melemahkan semangat perjuangan pemain pemain Youth Football Academy (YFA) untuk mempamerkan prestasi yang cemerlang di sepanjang perlawanan persahabatan menentang Japan International School pada hari Sabtu, 14 Oktobeer 2006 bertempat di padang Japan International School berhampiran Saujana Resort, Subang Selangor.

Bermain dalam keadaan cuaca yang pada mulanya panas dan diikuti dengan hujan lebat mencurah-curah dan kembali teduh seakan memberi semangat serta pendorong kepada pemain YFA untuk terus bermain dengan lebih cemerlang. Ini dibuktikan dengan keputusan keputusan pertandingan yang lebih memihak kepada YFA yang telah menghantar 2 pasukan setiap kategori perlawanan iaitu U-8, U-10, U12 dan U14.

Sejurus selepas perlawanan tamat, pemain, jurulatih serta ahli keluarga masing-masing seramai 80 orang telah berkumpul bersama untuk berbuka puasa di Restoran Salak Jati berhampiran Kampung Melayu Subang. Suasana penuh meriah dirasai kerana secara tidak langsung, majlis ini telah merapatkan lagi perhubungan diantara pentadbiran YFA dengan kaluarga pemain YFA.

Terima kasih kepada para pemain, para jurulatih, para ibubapa serta pentadbiran YFA kerana bertungkus lumus menjayakan perlawanan ini serta majlis berbuka puasa.

09 Oktober, 2006

CUTI HARI DEEPAVALI DAN HARIRAYA AIDILFITRI

Bersempena dengan Hari Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, YFA telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa latihan pada hari hari berikut ditangguhkan:

Sabtu, 21 Oktober 2006
Ahad, 22 Oktober 2006
Sabtu, 28 Oktober 2006
Ahad, 29 Oktober 2006

Latihan akan bermula semula pada Sabtu, 4 November 2006.

Semua pemain diwajibkan hadir pada Sabtu, 4 November 2006 kerana YFA akan membuat pemilihan pemain bagi kejohanan yang tercatat seperti di bawah:

Karnival F.A.M
U-8, U-10, U-12, U-14 & U-16
16 Disember 2006

Karnival R.S.C
U-8, U-10, U-12, U-14 & U-16
16 Disember 2006

Tarikh akhir bayaran jersi latihan baru adalah pada hari Ahad, 15 Oktober 2006. Sila jelaskan bayaran kepada Puan Amita pada atau sebelum tarikh di atas.

YFA & YFAMALAYSIA.Com ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri kepada semua para pemain serta keluarga mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...