Walaupun berada di dalam bulan Ramadan, ianya tidak sekali-kali melemahkan semangat perjuangan pemain pemain Youth Football Academy (YFA) untuk mempamerkan prestasi yang cemerlang di sepanjang perlawanan persahabatan menentang Japan International School pada hari Sabtu, 14 Oktobeer 2006 bertempat di padang Japan International School berhampiran Saujana Resort, Subang Selangor.
Bermain dalam keadaan cuaca yang pada mulanya panas dan diikuti dengan hujan lebat mencurah-curah dan kembali teduh seakan memberi semangat serta pendorong kepada pemain YFA untuk terus bermain dengan lebih cemerlang. Ini dibuktikan dengan keputusan keputusan pertandingan yang lebih memihak kepada YFA yang telah menghantar 2 pasukan setiap kategori perlawanan iaitu U-8, U-10, U12 dan U14.
Sejurus selepas perlawanan tamat, pemain, jurulatih serta ahli keluarga masing-masing seramai 80 orang telah berkumpul bersama untuk berbuka puasa di Restoran Salak Jati berhampiran Kampung Melayu Subang. Suasana penuh meriah dirasai kerana secara tidak langsung, majlis ini telah merapatkan lagi perhubungan diantara pentadbiran YFA dengan kaluarga pemain YFA.
Terima kasih kepada para pemain, para jurulatih, para ibubapa serta pentadbiran YFA kerana bertungkus lumus menjayakan perlawanan ini serta majlis berbuka puasa.