17 Disember, 2006

LATIHAN TERAKHIR 2006 & CUTI HARI RAYA HAJI

Pengarah Kejurulatihan YFA, En. Radha Krishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa latihan terakhir untuk tahun ini adalah pada hari Sabtu, 23/12/2006 disemua 4 pusat latihan YFA.

Tiada latihan pada minggu minggu berikutnya sehinggalah tibanya tahun 2007 dimana latihan akan bermula seperti biasa pada hari Sabtu, 6/1/2007. Ini bermakna, tiada latihan pada 24/12/2006, 30/12/2006 & 31/12/2006 (Hari Raja AidilAdha)

Sehubungan dengan ini, YFAMALAYSIA.COM ingin mengucapkan Seamat Hari Krismas, Selamat Hari Raya AidilAdha & Selamat Tahun Baru kepada semua pemain, ahli keluarga, jurulatih serta pentadbiran YFA.

YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA) MENONJOL DI KEJOHANAN RSC & FAM!

Youth Football Academy (YFA) sekali lagi membuktikan bahawa kehadiran mereka di mana mana kejohanan tidak boleh dipandang mudah.

Ini terbukti dalam Kejohanan RSC Kategori Bawah 14 tahun dan Kejohanan FAM Kategori bawah 8 Tahun yang mana YFA telah berjaya menjuarai kategori tersebut.

Lain-lain kategori juga mempamirkan kemantapan YFA dengan menggondol 4 kedudukan terbaik disamping beberapa pemain YFA diangkat sebagai pemenang anugerah PEMAIN TERBAIK KEJOHANAN, PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN & PENJARING TERBANYAK KEJOHANAN.

KEJOHANAN ROYAL SELANGOR CLUB (RSC)

KATEGORI BAWAH 16 TAHUN

Kedudukan : Tempat ke 4

KATEGORI BAWAH 14 TAHUN
Kedudukan : Juara
Pemain Terbaik Perlawanan : Mohd Azri Bin Kasiyes
Pemain Terbaik Kejohanan : Nik Mohd Safian Bin Nik Ismail

KATEGORI BAWAH 12 TAHUN
Kedudukan : Tempat ke 4
Penjaring Terbanyak : Mohd Hadin Bin Azman
Pemain Terbaik Kejohanan : Mohd Hadin Bin Azman

KATEGORI BAWAH 10 TAHUN
Kedudukan : Tempat ke 3

KATEGORI BAWAH 8 TAHUN
Kedudukan : Tempat Ke 5

KEJOHANAN FOOTBALL ASSOCIATION of MALAYSIA (FAM)

KATEGORI BAWAH 14 TAHUN
Kedudukan : Tempat ke 2

KATEGORI BAWAH 12 TAHUN
Kedudukan : Tempat ke 2

KATEGORI BAWAH 10 TAHUN
Kedudukan : Tempat ke 4

KATEGORI BAWAH 8 TAHUN
Kedudukan : Juara

Tahniah kepada yang telah berjaya. Kepada yang lain, diharap dapat menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka serta gandakan usaha lagi pada kejohanan tahun hadapan.

09 Disember, 2006

LATIHAN DIBATALKAN

Pengarah Kejurulatihan Youth Football Academy (YFA), En. Radhakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa latihan disemua pusat latihan YFA di batalkan atas sebab-sebab yang berikut:

16 Disember 2006
Kejohanan RSC (Royal Selangor Club) & Kejohanan FAM (Football Association of Malaysia)
24 Disember 2006
Perayaan Hari Krismas

Walaubagaimanapun, latihan akan tetap dijalankan pada 17 Disember 2006 (Ahad) dan 23 Disember 2006 (Sabtu).

YFAMALAYSIA.COM mengucapkan selamat berjuang kepada semua pemain-pemain YFA yang menyertai Kejohanan RSC & Kejohanan FAM. Moga-moga mereka membawa pulang piala kejuaraan bagi setiap kategori yang ditandingi..

03 Disember, 2006

PEMBUKAAN YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA) SUNGAI BULOH

Youth Football Academy (YFA) telah mengorak langkah maju kehadapan dalam melahirkan lebih ramai lagi bakat² baru dari kalangan remaja untuk menaikkan mutu sukan bolasepak negara dengan tertubuhnya cawangan ke empat YFA di Sg. Buloh, Selangor.

Pada hari Sabtu, 2 Disember 2006, jam 4.00 petang di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama, Sg. Buloh Selangor, hampir 40 orang remaja berumur antara 6 tahun hingga ke 16 tahun telah menghadirkan diri untuk menyertai klinik bolasepak percuma yang diketuai oleh Pengarah Kejurulatihan YFA, En. Radhakrishnan serta dibantu oleh beberapa orang lagi jurulatih berpengalaman YFA.

Hasil dari klinik ini, hampir 70% peserta klinik telah mendaftar untuk menjadi pelajar YFA. Tahniah diucapkan kepada En. Nurol serta AJK beliau kerana telah berusaha menjayakan klinik ini serta membantu menubuhkan cawangan ke 4 YFA Sg. Buloh.

Kepada yang berminat untuk menyertai YFA Sg. Buloh, bolehlah berhubung dengan En. Nurol di talian 012-6619498. Untuk makluman semua, latihan akan dijalankan pada setiap hari Sabtu (4.00 petang - 6.00 petang) serta hari Ahad (8.30 pagi - 10.30 pagi).

02 Disember, 2006




Tarikh Penubuhan
2hb Disember 2006

Pengurus Cawangan
Encil Nurol
012 661 9498


Pusat Latihan
Padang Bolasepak
SMK Saujana Utama


Masa Latihan
Sabtu : 4.30 petang - 6.30 petang
Ahad : 8.30 pagi - 10.30 pagi



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...