03 Disember, 2006

PEMBUKAAN YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA) SUNGAI BULOH

Youth Football Academy (YFA) telah mengorak langkah maju kehadapan dalam melahirkan lebih ramai lagi bakat² baru dari kalangan remaja untuk menaikkan mutu sukan bolasepak negara dengan tertubuhnya cawangan ke empat YFA di Sg. Buloh, Selangor.

Pada hari Sabtu, 2 Disember 2006, jam 4.00 petang di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama, Sg. Buloh Selangor, hampir 40 orang remaja berumur antara 6 tahun hingga ke 16 tahun telah menghadirkan diri untuk menyertai klinik bolasepak percuma yang diketuai oleh Pengarah Kejurulatihan YFA, En. Radhakrishnan serta dibantu oleh beberapa orang lagi jurulatih berpengalaman YFA.

Hasil dari klinik ini, hampir 70% peserta klinik telah mendaftar untuk menjadi pelajar YFA. Tahniah diucapkan kepada En. Nurol serta AJK beliau kerana telah berusaha menjayakan klinik ini serta membantu menubuhkan cawangan ke 4 YFA Sg. Buloh.

Kepada yang berminat untuk menyertai YFA Sg. Buloh, bolehlah berhubung dengan En. Nurol di talian 012-6619498. Untuk makluman semua, latihan akan dijalankan pada setiap hari Sabtu (4.00 petang - 6.00 petang) serta hari Ahad (8.30 pagi - 10.30 pagi).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...