Youth Football Academy (YFA) akan mengadakan Klinik Bolasepak Remaja khas untuk para remaja yang berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun.
Butiran lanjut adalah seperti berikut:
Tarikh : 14 Januari 2007 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Lokasi : Padang Bolasepak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
Antara tujuan utama klinik bolasepak khas untuk remaja ini adalah untuk mengesan bakat bakat baru dikalangan remaja supaya bakat mereka dapat diasah demi membangunkan mutu bolasepak negara di masa akan datang.
Disamping itu, klinik ini juga diharap dapat mengelakkan penglibatan remaja dalam aktiviti yang tidak sihat. Keterangan lanjut boleh menghubungi 0166750081 (N. Radhakrishnan), 01267013129 (Rashidi) & 0192620341 (Shuhaimi).
YFA yang ditubuhkan pada Ogos 2003 di Sentul, kini telah mempunyai 4 pusat latihan sekitar Lembah Klang iaitu di Bandar Baru Sentul, Pandan Indah, Cheras serta Sungai Buloh.
Latihan 2 jam dwi-mingguan turut diadakan di pusat latihan di atas seperti yang tertera di bawah:
Padang Bandar Baru Sentul
4.30 petang (Sabtu) & 8.30 pagi (Ahad)
Padang MPAJ Pandan Indah
8.30 pagi (Sabtu) & 4.30 petang (Ahad)
Padang Flat Sri Johor, Cheras
3.00 petang (Sabtu) & 3.00 petang (Ahad)
Padang SMK Saujana Utama, Sg. Buloh
4.00 petang (Sabtu) & 8.30 pagi (Ahad)
Web Menu Header
06 Januari, 2007
KLINIK BOLASEPAK UNTUK REMAJA BERUMUR DARI 7 HINGGA 12 TAHUN
Para ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan anak masing², sila hadirkan diri semasa sessi latihan yang tertera di atas.