16 Julai, 2007

PENJENAMAAN SEMULA YFA

Seperti yang anda semua telah saksikan dihalaman depan tadi, YFAMALAYSIA.COM telah memaparkan serba sedikit logo baru YFA!

Untuk pengetahuan anda, penjenamaan semula Youth Football Academy sedang dijalankan seiring dengan keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia seandainya sesuatu pertubuhan/persatuan ingin mendaftar sebagai pertubuhan/persatuan sukan bersama mereka.

Sehubungan dengan itu, usaha sedang dijalankan untuk menukar logo serta menggubal perlembagaan baru yang mana ianya amat diperlukan bagi memantapkan lagi urusan pentadbiran YFA.

Penjenamaan semula YFA ini akan mengambil masa dan dijangka akan tamat sebelum penghujung tahun 2007 ini.

Walaubagaimanapun, para pelatih serta ahli keluarga mereka tidak perlu risau kerana pihak pentadbiran YFA akan memaklumkan kepada semua mengenai sebarang informasi terkini berkenaan dengan penjenamaan semula ini.

Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa terhadap sumbangan yang telah dan akan diberikan oleh pihak ibubapa demi memajukan lagi YFA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...