11 November, 2007

JERSI LATIHAN 2008


Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Bintang Muda (KBBM), En Radhakrishnan Nadesan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa KBBM akan menggunakan jersi latihan yang baru untuk tahun 2008 akan datang.

Ini seiring dengan proses penjenamaan semula KBBM daripada Youth Football Academy (YFA) serta penerimaan penajaan baru dari syarikat jenama sukan yang terkenal, KRONOS. Sehubungan dengan itu, setiap pemain akan dibekalkan dengan 2 pasang jersi latihan iaitu baju, seluar & stokin bewarna merah dan biru.

Bayaran untuk jersi baru ini boleh dibuat kepada Puan Amirtha mulai sekarang. Kepada para ibubapa yang memerlukan penerangan lanjut, sila merujuk kepada Puan Airtha secepat mungkin. Tarikh akhir bayaran adalah pada 30/11/2007. Ukuran saiz jersi latihan boleh dibuat semasa membuat pembayaran. Jersi baru ini akan mula digunakan pada minggu pertama 2008!

En Radhakrishnan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa/penjaga kerana telah terus memberikan sokongan untuk memajukan KBBM.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...