25 Januari, 2007

KALENDAR YFA 2007

Satu mesyuarat khas diantara pengurusan YFA bersama semua jurulatih YFA telah diadakan pada hari Rabu, 24 Januari 2007 jam 8.30 malam untuk merangka aktiviti YFA sepanjang tahun 2007 ini.

Hasil dari pertemuan 2 jam ini telah menghasilkan yang berikut:

11 Februari 07
Aktiviti : YFA lwn MBPJ (Persahabatan)
Kategori : Semua kategori
Lokasi : SMK Pandan Indah

25 Februari 07
Aktiviti : Liga YFA U15 (Liga terbuka)
Kategori : U15 sahaja
Lokasi : Padang Flat Sri Johor, Cheras (Setiap Ahad selama 3 bulan)

10 & 11 Mac 07
Aktiviti : Piala Tengku Mahkota Pahang
Kategori : U10 & U13 sahaja
Lokasi : Kuantan, Pahang

1 April 07
Aktiviti : Karnival U8 (Karnival dalaman)
Kategori : U8 sahaja
Lokasi : Padang SMK Pandan Indah

15 April 07
Aktiviti : Karnival U10 (Karnival dalaman)
Kategori : U10 sahaja
Lokasi : Padang SMK Pandan Indah

22 April 07
Aktiviti : YFA lwn Sekolah Antarabangsa Jepun
Kategori : Semua kategori
Lokasi : Subang, Selangor

29 April 07
Aktiviti : Liga YFA U8 & U10 (Liga terbuka)
Kategori : U8 & U10 sahaja
Lokasi : SK Taman Muda, Ampang (Setiap Ahad selama 3 bulan)

26 Mei 07
Aktiviti : YFA lwn Bonggo FC
Kategori : Semua Kategori
Lokasi : Felda Lurah Bilut, Bentong

8 & 9 Jun 07
Aktiviti : YFA lwn Sekolah Loyang, Singapura
Kategori : U10 & U12 sahaja
Lokasi : Kompleks Sukan Kampung Pandan


11 & 12 Jun 07
Aktiviti : YFA lwn Sekolah Loyang, Singapura
Kategori : U13 & U15 sahaja
Lokasi : Kompleks Sukan Kampung Pandan

29 Jun 07
Aktiviti : Karnival U14 & U16 (Karnival dalaman)
Kategori : U14 & U16 sahaja
Lokasi : Padang Bolasepak Flat Sri Johor

8 Julai 07
Aktiviti : Karnival U12 (Karnival dalaman)
Kategori : U12 sahaja
Lokasi : SMK Pandan Indah

29 Julai 07
Aktiviti : Karnival U14 (Karnival dalaman)
Kategori : U14 sahaja
Lokasi : SMK Pandan Indah

4 & 5 Ogos 07
Aktiviti : Royal Selangor Club (RSC) International Tournament
Kategori : U12 sahaja
Lokasi : Mont Kiara

Tarikh dan lokasi di atas adalah benar semasa info ini dimaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM
Sebarang perubahan masa, tarikh ataupun lokasi akan dimaklumkan oleh jurulatih kategori masing masing.

14 Januari, 2007

CUTI UMUM AWAL MUHARAM

Pengarah Kejurulatihan YFA, En. Radha Krishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa bersempena dengan cuti umum Awal Muharam pada hari Sabtu, 20/1/2007, latihan dibatalkan disemua 4 pusat latihan YFA.

Latihan akan bermula semula pada hari Ahad, 21/1/2007.

Sekian. harap maklum

06 Januari, 2007

AKHBAR UTUSAN MALAYSIA, 6 JANUARI 2007

KLINIK BOLASEPAK UNTUK REMAJA BERUMUR DARI 7 HINGGA 12 TAHUN


Youth Football Academy (YFA) akan mengadakan Klinik Bolasepak Remaja khas untuk para remaja yang berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun.

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 14 Januari 2007 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Lokasi : Padang Bolasepak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Antara tujuan utama klinik bolasepak khas untuk remaja ini adalah untuk mengesan bakat bakat baru dikalangan remaja supaya bakat mereka dapat diasah demi membangunkan mutu bolasepak negara di masa akan datang.

Disamping itu, klinik ini juga diharap dapat mengelakkan penglibatan remaja dalam aktiviti yang tidak sihat. Keterangan lanjut boleh menghubungi 0166750081 (N. Radhakrishnan), 01267013129 (Rashidi) & 0192620341 (Shuhaimi).

YFA yang ditubuhkan pada Ogos 2003 di Sentul, kini telah mempunyai 4 pusat latihan sekitar Lembah Klang iaitu di Bandar Baru Sentul, Pandan Indah, Cheras serta Sungai Buloh.

Latihan 2 jam dwi-mingguan turut diadakan di pusat latihan di atas seperti yang tertera di bawah:

Padang Bandar Baru Sentul
4.30 petang (Sabtu) & 8.30 pagi (Ahad)

Padang MPAJ Pandan Indah
8.30 pagi (Sabtu) & 4.30 petang (Ahad)

Padang Flat Sri Johor, Cheras
3.00 petang (Sabtu) & 3.00 petang (Ahad)

Padang SMK Saujana Utama, Sg. Buloh
4.00 petang (Sabtu) & 8.30 pagi (Ahad)

Para ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan anak masing², sila hadirkan diri semasa sessi latihan yang tertera di atas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...