23 Julai, 2007

PERTANDINGAN BOLASEPAK GENPRO



Pengarah Kejurulatihan YFA, En Radha Krishnan (gambar) telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa YFA akan menyertai satu pertandingan bollasepak anjuran Genpro seprti butiran di bawah:

Tarikh
4 Ogos 2007 (Sabtu)

Masa
8.00 pagi

Lokasi
Sekolah Kebangsaan Alam Megah, Seksyen 28, Shah Alam Selangor

Beliau juga meminta kerjasama ibubapa pemain yang terpilih untuk menghantar anak masing² ke tempat perlawanan. Seandainya ada diantara pemain yang terpilih tidak dapat turut serta, sila maklumkan kepada jurulatih kategori masing² sebelum 29/07/2007.

Kategori U8 : Coach Mahat (013-3991456) / Coach Ghanesh (016-3714528)

Kategori U10 : Coach Azreen (017-3060839) / Coach Kanesh (017-2969218)

Kategori U12 : Coach Vinoth (016-2353024)

Kategori U14 : Coach Rashidi (012-6701329)

Kepada ibubapa yang tidak tahu lokasi pertandingan, boleh berkumpul di Padang Bolasepak MPAJ Pandan Indah kerana konvoi berkereta akan bertolak pada jam 7.01 pagi. Ibubapa juga diingatkan untuk menyediakan makanan untuk anak masing². Juga diingatkan bahawa pemain yang terpilih untuk pertandingan ini DIWAJIBKAN hadir latihan pada hari AHAD, 05/08/2007.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Rada (016-6720081).

Sekian, harap maklum.

16 Julai, 2007

PENJENAMAAN SEMULA YFA

Seperti yang anda semua telah saksikan dihalaman depan tadi, YFAMALAYSIA.COM telah memaparkan serba sedikit logo baru YFA!

Untuk pengetahuan anda, penjenamaan semula Youth Football Academy sedang dijalankan seiring dengan keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia seandainya sesuatu pertubuhan/persatuan ingin mendaftar sebagai pertubuhan/persatuan sukan bersama mereka.

Sehubungan dengan itu, usaha sedang dijalankan untuk menukar logo serta menggubal perlembagaan baru yang mana ianya amat diperlukan bagi memantapkan lagi urusan pentadbiran YFA.

Penjenamaan semula YFA ini akan mengambil masa dan dijangka akan tamat sebelum penghujung tahun 2007 ini.

Walaubagaimanapun, para pelatih serta ahli keluarga mereka tidak perlu risau kerana pihak pentadbiran YFA akan memaklumkan kepada semua mengenai sebarang informasi terkini berkenaan dengan penjenamaan semula ini.

Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa terhadap sumbangan yang telah dan akan diberikan oleh pihak ibubapa demi memajukan lagi YFA.

09 Julai, 2007

PERLAWANAN PERSAHABATAN

Pengarah Kejurulatihan YFA, En. Radha Krishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa satu perlawanan persahabatan akan diadakan diantara YFA (semua kategori) menentang Bonggo FC (Pasukan Bolasepak Felda Lurah Bilut, Bentong Pahang).

Butiran lanjut perlawanan persahabatan tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh
21 Julai 2007 (Sabtu)

Masa
Pagi hingga petang (Butiran lanjut akan dimaklumkan kepada jurulatih kategori masing²).

Lokasi
Felda Lurah Bilut, Bentong Pahang

Para pemain yang telah terpilih diwajibkan hadir ke latihan pada hari Sabtu & Ahad ini (14 Julai 2007 & 15 Julai 2007). Kegagalan pemain berbuat demikian akan menyebabkan nama anda digugurkan. Para ibubapa juga dipelawa untuk turut sama menyaksikan perlawanan tersebut disamping memberikan semangat kepada pemain muda kita untuk berusaha bersungguh-sungguh walaupun ini hanyalah sekadar perlawanan persahabatan.

Sebarang keterangan lanjut, sila berhubung dengan jurulatih kategori masing². Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...