26 November, 2007

KEJOHANAN REMAJA ANTARABANGSA SINGAPURA

YFA Bintang Muda sekali lagi mempamerkan persembahan yang memberangsangkan apabila berjaya menempatkan diri dalam kelumpuk 3 teratas semasa Kejohanan Remaja Antarabangsa Singapura yang telah berlangsung pada 24/11/2007 yang baru lalu.
Kejohanan yang disertai oleh 8 pasukan ini berjaya mengcungkil banyak bakat baru bagi kedua dua buah negara bagi menggalas cabaran di masa hadapan.

Bagi kategori Bawah 10 tahun (U10), pasukan YFA Bintang Muda telah berjaya menduduki tempat 3. Walaupun tewas pada 2 perlawanan pembukaan, berkat sokongan tidak berbelah bagi daripada ibubapa serta dorongan berterusan para jurulatih sedikit sebanyak telah membantu menaikkan kembali moral pemain cilik ini.

Manakala untuk kategori Bawah 12 Tahun (U12), YFA Bintang Muda telah berjaya menjadi Naib Johan walaupun hanya tewas 1 perlawanan sahaja. Secara keseluruhan, persembahan yang mantap serta corak permainan secara berpasukan telah membantu pasukan muda ini mencorakkan permainan mereka.

Berita lanjut akan diberikan sebaik YFA-BINTANGMUDA.COM mendapat laporan lengkap dari pengurusan YFA Bintang Muda.

19 November, 2007

LATIHAN DIBATALKAN

Pengarah Teknikal YFA-BINTANG MUDA, En. Radhakrishnan Nadesan telah memaklumkan kepada YFA-BINTANGMUDA.COM bahawa latihan pada hari Sabtu, 24/11/2007 telah dibatalkan.

Ini kerana pasukan YFA-BINTANG MUDA akan menyertai Kejohanan Remaja Antarabangsa Singapura pada tarikh tersebut. Semua jurulatih Kategori U8, U10 & U12 akan bertindak sebagai jurulatih pengiring serta tugas tugas lain bagi memastikan kelancaran kunjungan dari aspek pengangkutan, penginapan, makanan dan lain lain lagi.

Latihan akan berjalan seperti biasa pada hari Ahad, 25/11/2007. Semoga pasukan YFA BINTANG MUDA akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam kejohanan yang diadakan setiap tahun ini.

YFA-BINTANGMUDA.COM mendoakan agar kontijen YFA-BINTANG MUDA beserta para ibubapa yang turut mengiringi anak2 mereka agar selamat pergi dan selamat kembali.

Sekian, harap maklum.

11 November, 2007

JERSI LATIHAN 2008


Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Bintang Muda (KBBM), En Radhakrishnan Nadesan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa KBBM akan menggunakan jersi latihan yang baru untuk tahun 2008 akan datang.

Ini seiring dengan proses penjenamaan semula KBBM daripada Youth Football Academy (YFA) serta penerimaan penajaan baru dari syarikat jenama sukan yang terkenal, KRONOS. Sehubungan dengan itu, setiap pemain akan dibekalkan dengan 2 pasang jersi latihan iaitu baju, seluar & stokin bewarna merah dan biru.

Bayaran untuk jersi baru ini boleh dibuat kepada Puan Amirtha mulai sekarang. Kepada para ibubapa yang memerlukan penerangan lanjut, sila merujuk kepada Puan Airtha secepat mungkin. Tarikh akhir bayaran adalah pada 30/11/2007. Ukuran saiz jersi latihan boleh dibuat semasa membuat pembayaran. Jersi baru ini akan mula digunakan pada minggu pertama 2008!

En Radhakrishnan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa/penjaga kerana telah terus memberikan sokongan untuk memajukan KBBM.

Sekian, harap maklum.

05 November, 2007

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Pengurusan YFA-Bintang Muda & YFAMALAYSIA.COM ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua jurulatih, pelatih serta ahli keluarga yang beragama Hindu.
Semoga perayaan cahaya pada tahun ini akan merapatkan perhubungan sesama ahli keluarga dan jiran tetangga.
Sempena dengan ini, latihan pada hari Sabtu & Ahad, 10/11/07 & 11/11/07 telah dibatalkan.
Sekian, harap maklum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...