30 September, 2008

PEMILIHAN PASUKAN PROJEK 2009

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, En Radhakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa latihan pada hari Sabtu, 4hb Oktober 2008 telah dibatalkan bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Walaubagaimanapun, latihan akan berjalan seperti biasa pada hari Ahad, 5hb Oktober 2008.

Seperkara lagi, YFA Bintang Muda akan mengadakan satu sessi pemilihan untuk mencari pelatih bagi mewakili Pasukan Projek YFA Bintang Muda 2009 seperti butiran di bawah:

Tarikh
15hb - 16hb November 2008 (Sabtu & Ahad)
(Terpaksa ditunda ke tarikh lain disebabkan aktiviti yang padat dalam bulan November dan Disember 2008)

Masa
3.00 - 5.00 Petang

Lokasi
Padang Bolasepak Pudu Ulu, Jalan Cheras KL (Berhampiran PGRM)

Syarat Penyertaan
  1. Berusia 13 & 14 tahun pada tahun 2008
  2. Mempunyai minat yang mendalam dalam sukan bolasepak
  3. Mempunyai bakat dalam sukan bolasepak
  4. Berminat untuk belajar
  5. Boleh menerima teguran

Penyertaan dibuka kepada semua pelatih YFA Bintang Muda. Kepada mereka yang memenuhi syarat penyertaan di atas tetapi belum mendaftar sebagai pelatih YFA Bintang Muda juga digalakkan hadir.

Sila hadir di lokasi yang disebutkan di atas tadi dengan berpakaian sukan bolasepak (termasuklah 'shinpad' & kasut bola).

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...