03 November, 2008

UJIAN PEMILIHAN UNTUK PERTANDINGAN

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, Coach Radha telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa satu ujian pemilihan akan di adakan bagi memilih pelatih pelatih yang akan mewakili YFA Bintang Muda bagi Kejohanan Bolasepak Remaja RSC & Kejohanan Bolasepak Remaja  Antarabangsa Singapura. 

Ujian pemilihan ini melibatkan para pelatih dari cawangan Sentul, Cheras & Pandan Indah dan akan dijalankan oleh Coach Karu (Ketua Jurulatih Pasukan Projek) serta Coach Apu (Ketua Jurulatih U16).

Butiran ujian adalah seperti berikut:

Kategori U8 & U10
Tarikh : 8hb. November 2008 (Sabtu)
Masa : 3.00 Petang
Lokasi : Padang MPAJ Pandan Indah

Kategori U12
Tarikh : 9hb. November 2008 (Ahad)
Masa : 3.00 Petang
Lokasi : Padang MPAJ Pandan Indah

Kriteria Ujian (Pemarkahan diberi menerusi Kad Ujian - 'Test Card')
  • Hantaran
  • Kelajuan mengelecek bola
  • Kelajuan membawa bola sambil berlari
  • Small Sided Game - SSG
  • Larian pecut 20 meter
Kriteria Pemilihan
  • Markah Ujian Tertinggi
  • Yuran Bulanan
Jumlah Pemilihan
  • Kejohanan Bolasepak Remaja  Antarabangsa Singapura : 7 Pelatih
  • Kejohanan Bolasepak Remaja  RSC : 10 Pelatih
Syarat Tambahan
  • Pemain yang sudah terpilih untuk Kejohanan Bolasepak Remaja  RSC tidak akan dipilih untuk Kejohanan Bolasepak Remaja  Antarabangsa Singapura dan begitulah sebaliknya. Ini bagi memberi peluang sama rata kepada semua pelatih YFA Bintang Muda menimba pengalaman.
  • Pelatih pelatih yang telah terpilih untuk sebarang kejohanan tetapi tidak hadir akan digantung dari menyertai 3 perlawanan persahabatan/pertandingan.
  • Sila rujuk surat bertarikh 02/11/2008 untuk butiran muktamad pemilihan.
Keputusan pemilihan akan dipamerkan di laman web www.yfamalaysia.com dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Coach Radha.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...