07 Disember, 2008

KEJOHANAN BOLASEPAK REMAJA DATO CHU (RSC) 2008

Sekali lagi, YFA Bintang Muda telah menerima jemputan daripada Royal Selangor Club (RSC) untuk menyertai Kejohanan Bolasepak Remaja Dato Chu 2008 bagi merebut Piala Dato Chu Ah Nge edisi ke 4.

Kejohanan penuh berprestij ini melibatkan penyertaan dari 8 buah akademi diantaranya:
  • Royal Selangor Club
  • Bintang Biru
  • Little League Soccer
  • Arsenal Soccer School
  • KL Youth Soccer
  • Subang Jaya YFL
  • Brazil Football Centre
  • YFA Bintang Muda
Secara ringkas, 8 buah pasukan ini akan dipecahkan kepada 2 kumpulan dan akan bermain secara liga. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan memasuki peringkat separuh akhir dan seterusnya pemenang akan bertemu di peringkat akhir manakala pasukan yang tewas diperingkat separuh akhir akan bertemu untuk menentukan tempat ke 3 dan ke 4.

Perlawanan pula akan dimainkan selama 15 minit berterusan dengan 7 pemain sepasukan. Hanya pertandingan akhir sahaja akan berlangsung selama 10 minit setiap separuh masa dengan 2 minit rehat.

Diantara anugerah yang akan dipertandingkan adalah:
  • Piala Fair Play
  • Anugerah Penjaring Terbanyak
  • Anugerah Pemain Terbaik
  • Anugerah Pejaga Gol Terbaik
  • Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir
YFA Bintang Muda telah dipecahkan mengikut kumpulan yang berikut:

Kategori U8 (Kumpulan A)
  1. Brazil Football Centre
  2. Royal Selangor Club
  3. Bintang Biru
  4. YFA Bintang Muda
Kategori U10 (Kumpulan B)
  1. KL Youth Soccer
  2. Arsenal Soccer School
  3. Royal Selangor Club
  4. YFA Bintang Muda
Kategori U12 (Kumpulan A)
  1. Royal Selangor Club
  2. YFA Bintang Muda
  3. Arsenal Soccer School
  4. Brazil Football Centre
Kategori U14 (Kumpulan A)
  1. Subang Jaya YFL
  2. Arsenal Soccer School
  3. YFA Bintang Muda
  4. KL Youth Soccer
Kategori U16 (Kumpulan B)
  1. YFA Bintang Muda
  2. Arsenal Soccer School
  3. KL Youth Soccer
  4. Little League Soccer
Moga YFA Bintang Muda dapat mempamerkan persembahan berpasukan yang bermutu dan seterusnya menjuarai Piala Dato Chu Ah Nge 2008 edisi ke 4 ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...