22 Disember, 2008

LATIHAN BINTANG MUDA FC MUSIM 2008/2009

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, Coach Radha telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa latihan bagi pasukan Bintang Muda FC untuk musim 2008/2009 akan bermula seperti berikut:

Tarikh
24/12/2008 (Rabu)

Masa
5.00 petang

Lokasi
Padang Bolasepak MPAJ
Pandan Indah

Buat masa ini, latihan yang diadakan adalah untuk mengenal pasti pemain-pemain yang bakal mewakili Bintang Muda FC. Beliau juga turut memaklumkan, keutamaan tetap diberikan kepada para pelatih Akademi Bolasepak YFA Bintang Muda.

Untuk makluman, Bintang Muda FC ditubuhkan pada tahun 2006 dan telah memulakan langkah mereka dengan menyertai Liga Divisyen Dua Kuala Lumpur musim 2006/2007.

Sungguhpun itu adalah penyertaan sulung BINTANG MUDA FC dalam Liga Divisyen Dua Kuala Lumpur musim 2006/2007 dengan matlamat menuju era profesional, pasukan ini telah berjaya menjadi Juara Divisyen Dua dan sekaligus berjaya mendapat tempat di dalam Liga Divisyen Satu Kuala Lumpur musim 2007/2008.

Pasukan ini dibimbing oleh Jurulatih berpengalaman, Abdullah Suhaimi Bin Mohamad Nor dan dibantu oleh beberapa lagi jurulatih lain. Hari latihan adalah pada hari Isnin, Rabu & Jumaat bermula jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...