14 Disember, 2008

YFA BINTANG MUDA BERSAING DENGAN TUAN RUMAH MEREBUT KEJUARAAN RSC




Akademi Bolasepak YFA Bintang Muda telah mempamerkan semangat daya juang yang tinggi dalam mengharungi kejohanan penuh berprestij, Kejohanan Bolasepak Remaja Dato Chu Ah Nge (Edisi ke 4) bertempat di Kelab Di Raja Selangor, Bukit Kiara Kuala Lumpur semalam.

Dimulakan dengan latihan rapi disepanjang cuti sekolah serta kejohanan memanaskan badan anjuran PKNS FC pada hujung bulan November lalu, ternyata YFA Bintang Muda tidak mudah goyah, baik di tengah padang maupun di luar padang.

Persembahan penuh bergaya beserta dengan semangat berpasukan yang tinggi membolehkan YFA Bintang Muda mengharungi setiap perlawanan dengan tenang dan penuh semangat kesukanan.

Dalam setiap kategori yang dipertandingkan diperingkat kumpulan, kelima-lima kategori YFA Bintang Muda telah berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir. Syabas & Tahniah!

Diperingkat separuh akhir, 3 dari 5 kategori telah berjaya untuk mara ke peringkat akhir. manakala diperingkat akhir pula, 1 kategori berjaya menjadi Naib Johan dan 2 kategori berjaya menjadi Johan. Manakala 2 kategori lagi berjaya mendapat tempat ke empat.

Keputusan penuh kejohanan :

Kategori U8
Kedudukan Keseluruhan : Johan
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : Muhammad Alif Safwan
Penjaring Terbanyak Kejohanan : Aliff Haikal Lokman
Hero Perlawanan Akhir : Amal Hazim Mohd Hazman

Kategori U10
Kedudukan Keseluruhan : Tempat ke 4

Kategori U12
Kedudukan Keseluruhan : Tempat ke 4

Kategori U14
Kedudukan Keseluruhan : Naib Johan
Penjaring Terbanyak Kejohanan : Muhammad Hadin Azman

Kategori U16
Kedudukan Keseluruhan : Johan
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : Ahmad Azlan Azman
Pemain Terbaik Kejohanan : Mohd Fikrie Osman

Hasil dari kejayaan mara dan merebut tempat dipertandingan akhir, YFA Bintang Muda telah berjaya mendapat 13 mata secara keseluruhan (Johan = 4 mata, Naib Johan = 3 mata, Tempat ke 4 = 1 mata) dan bersamaan dengan pihak tuan rumah iaitu Royal Selangor Club (RSC).

Setelah pihak urusetia berbincang, keputusan untuk menentukan johan keseluruhan diambil berdasarkan pertemuan diantara YFA Bintang Muda dan RSC yang mana keputusan telah memihak kepada RSC. Tahniah dan syabas kepada RSC dan YFA Bintang Muda!

Dikesempatan ini juga, Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, En Radha ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih khas kepada semua ibubapa serta pemain yang telah berjaya menaikkan serta mengharumkan nama YFA Bintang Muda.

Juga ucapan terima kasih khas kepada :

Ketua Kontijen : Coach Ganes
Pegawai Perubatan : Coach Chan
Ketua Jurulatih U8 : Coach Mahat
Ketua Jurulatih U10 : Coach Azreen
Ketua Jurulatih U12 : Coach Irwan
Ketua Jurulatih U14 : Coach Vinoth
Ketua Jurulatih U16 : Coach Siva

... dan semua Penolong Jurulatih yang telah bersama-sama bertungkus lumus memastikan kejayaan YFA Bintang Muda dalam kejohanan ini.

Untuk rekod, pada kejohanan tahun lepas, YFA Bintang Muda kurang 1 mata untuk muncul johan keseluruhan. Tahun ini YFA Bintang Muda berkongsi mata namun tuan rumah dipilih menjadi johan. Pastinya ... pada tahun hadapan, jika ada jemputan lagi dari pihak Royal Selangor Club, YFA BINTANG MUDA akan muncul sebagai JOHAN!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...