05 Januari, 2009

PERUTUSAN KHAS 2009

Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua pelatih, ibubapa pelatih, jurulatih dan juga anda yang telah menyokong Akademi Bolasepak YFA Bintang Muda dari dulu, kini dan akan datang.

Tahun 2008 telah membawa 1001 kenangan pahit manis kepada Akademi. Antara kenangan manis yang dilalui adalah pembukaan cawangan baru Akademi dengan kerjasama Majlis Daerah Hulu Selangor yang beroperasi sekitar kawasan Bukit Beruntung & Bukit Sentosa.

Juga pencapaian demi pencapaian membanggakan Akademi dalam semua kejohanan yang disertai. Boleh disimpulkan bahawa penyertaan Akademi dalam mana-mana kejohanan akan sentiasa dicemburui oleh pasukan lain.

Walaubagaimanapun, pihak akademi menganggap itu semua adalah satu persaingan sihat selagi ianya tidak melanggar mana-mana peraturan kejohanan. Malah ianya juga menjadi satu penghormatan kepada kesemua pelatih dan jurulatih yang tidak jemu-jemu turun ke padang menjalani sessi latihan.

Tidak dilupakan juga pasukan bolasepak veteran (ahli keluarga kepada pelatih) yang turut bersama akademi dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan lain dan adakalnya bergerak sendiri mengatur perlawanan persahabatan mereka.

Juga tidak dilupakan apabila beberapa pelatih Bintang Muda FC telah berjaya menyerlahkan bakat mereka dan kini telah mewakili beberapa pasukan utama Liga Perdana.

Semua di atas ini pasti tidak akan terhasil jika tidak dari kerjasama pelatih, jurulatih dan terutamanya sekali PARA IBU BAPA yang tidak jemu-jemu memberi seokongan kepada anak-anak mereka untuk turun berlatih malah memberi sokongan setiap kali akademi menyertai kejohanan bolasepak jemputan pihak luar.

Pihak akademi juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Majlis Sukan Negara (MSN), persatuan persatuan bolasepak negeri, kelab kelab penyokong bolasepak negeri, semua penaja penaja korporat, penaja penaja individu, media cetak, media eletronik dan semua yang terbabit secara langsung dan tidak langsung telah sudi membantu menaikkan lagi taraf bolasepak di negara ini.

Dalam tahun 2009 ini, pihak pentadbiran bersama para jurulatih telah bermesyuarat serta bersetuju untuk merangka aktiviti berikut untuk sepanjang tahun 2009 khas untuk kemajuan para pelatih Akademi Bolasepak YFA Bintang Muda dan juga untuk kemajuan bolasepak remaja di Malaysia secara amnya.

Antara perancangan tersebut adalah seperti berikut:

Januari
Perlawanan Persahabatan bersama Remaja Kebangsaan Macau

Februari
Perlawanan Persahabatan bersama PNSB (Semua Kategori)
Klinik Bolasepak Remaja (Dibuka kepada umum)

Mac
Perlawanan Persahabatan bersama MBPJ (Semua Kategori)
Kejohanan Bolasepak Remaja KLYS (U13)
Kejohanan Bolasepak Remaja Seremban (U14 & U16)
Kejohanan Bolasepak Remaja YFA Bintang Muda (U13)
Ujian Pencapaian Pelatih YFA Bintang Muda (Semua Kategori)

April
Ujian Penilaian Jurulatih YFA Bintang Muda (Jurulatih Semua Kategori)
Kejohanan Bolasepak Remaja Little League (Semua Kategori)
Kejohanan Bolasepak Remaja Johor (U14)

Mei
Perlawanan Persahabatan bersama RSC (Semua Kategori)
Kejohanan Bolasepak Remaja Ipoh (U14 & U16)
Kejohanan Bolasepak Dalaman YFA Bintang Muda (Semua Kategori)

Jun
Perlawanan Persahabatan bersama UKRC (Semua Kategori)
Kejohanan Bolasepak Remaja Hulu Langat (Semua Kategori)
Kejohanan Bolasepak Remaja Bonggo FC Bentong Pahang (Semua Kategori)
Ujian Pencapaian Pelatih YFA Bintang Muda (Semua Kategori)

Julai
Perlawanan Persahabatan bersama Akademi MANs (Semua Kategori)
Kejohanan Bolasepak Remaja Melaka (Semua Kategori)

Ogos
Kejohanan Bolasepak Remaja RSC (U12)

September
Kejohanan Bolasepak Remaja PNSB (Semua Kategori)

Oktober
Perlawanan Persahabatan bersama Arsenal (Semua Kategori)
Kejohanan Bolasepak Remaja Datuk Ghani Minhat (Semua Kategori)

November
Perlawanan Persahabatan bersama Brazil Football Centre (Semua Kategori)
Kejohanan Bolasepak Remaja PKNS (Semua Kategori)
Ujian Pencapaian Pelatih YFA Bintang Muda (Semua Kategori)

Disember
Perlawanan Persahabatan bersama PKNS (Semua Kategori)
Kejohanan Bolasepak Remaja RSC (Semua Kategori)

Dengan perancangan serta penyertaan yang telah dirangka oleh pihak pentadbiran YFA Bintang Muda, adalah diharapkan agar para pelatih akan mendapat pendedahan yang lebih luas lagi berbanding dari tahun sebelumnya.

Kami juga mengharapkan para ibubapa dapat memberikan sokongan serta dorongan kepada anak-anak mereka untuk terus bergiat aktif dalam sukan bolasepak memandangkan negara kita akan ketandusan pencapaian jika tiada barisan pelapis dibentuk dari sekarang.

Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana sudi meluangkan masa melayari laman web kami. Kami juga mengharapkan para ibubapa akan terus memberikan sokongan baik dari segi moral, tenaga, masa maupun wang demi kemajuan bersama.


"MASA DEPAN BOLASEPAK MALAYSIA BERMULA DI SINI"

"SOCCER BEGINS HERE"

Radhakrishnan Nadesan
Pengarah Teknikal
YFA Bintang Muda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...