07 Mac, 2009

KEJOHANAN BOLASEPAK YFA BINTANG MUDA U13

Sukacita dimaklumkan bahawa YFA Bintang Muda akan menganjurkan satu pertandingan bolasepak remaja yang dikenali sebagai Kejohanan Bolasepak YFA Bintang Muda U13 2009 seperti berikut:

Tarikh
14hb. Mac 2009 (Sabtu)

Masa
7.00 pagi - 6.00 petang

Lokasi
Padang Bolasepak Maktab Perguruan Teknik
Cheras Kuala Lumpur

Suhubungan dengan itu, latihan bolasepak di semua cawangan YFA Bintang Muda telah DIBATALKAN memandangkan semua jurulatih akan bertugas dalam kejohanan tersebut.

Para ibubapa dan pelatih yang tidak terbabit dipelawa untuk hadir ke lokasi pertandingan bagi memberikan sokongan moral terhadap pasukan YFA Bintang Muda disamping memeriahkan lagi kojohanan tersebut.

Sementara itu, semasa latihan  di Cawangan Pandan Indah petang tadi (Sabtu, 7hb. Mac 2009), kami telah dikunjungi pelawat dari Jabatan Komuniti & Pembangunan Belia, Nike (M) Sdn Bhd.

Tujuan kehadiran wakil dari Nike (M) Sdn Bhd ini adalah untuk melakukan rakaman bagi tujuan pembangunan bolasepak remaja dari peringkat akar umbi. Beberapa orang pelatih juga telah ditemubual.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...