01 Mei, 2009

KARNIVAL BOLASEPAK DALAMAN CIMB YFA KE 4 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa YFA Bintang Muda akan menganjurkan Karnival Bolasepak Dalaman untuk kali ke 4 berturut-turut. Karnival tahunan ini akan dilangsungkan seperti butiran berikut:

Tarikh
10 Mei 2009 (Ahad)

Masa
7.00 pagi hingga 4.30 petang

Lokasi
Padang Bolasepak Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras KL

Penyertaan
Pelatih berdaftar CIMB YFA Bintang Muda sahaja

Kategori
U8, U10, U12, U14 & U16

Yuran Penyertaan
RM10.00 sahaja (Bayar sebelum 3 Mei 2009 pada Puan Amirtha)

Sebagai tanda penghargaan terhadap bantuan, sokongan serta kerjasama para ibubapa sebelum ini, pihak Akademi akan memberikan cenderahati sebagai tanda ingatan berupa 'Pin Kolar Baju' dan 'Pelekat Kereta'.

Manakala untuk para pelatih pula, sarapan pagi, makan tengahari, air mineral sepanjang karnival, sijil penyertaan dan medal telah disediakan khas sempena karnival ini.

Para ibubapa juga dipelawa untuk menjadi PENGURUS PASUKAN pada hari tersebut kerana para jurulatih akan ditugaskan sebagai urusetia dan juga pengadil pertandingan.

Suka juga diingatan bahawa SEMUA PELATIH WAJIB HADIR di Padang Bolasepak MPAJ Pandan Indah pada jam 8.30 pagi untuk sessi pengagihan pasukan serta pengenalan Pengurus Pasukan. Latihan disebelah petang dibatalkan sebagai persediaan untuk Karnival pada keesokkan harinya.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...