04 Julai, 2009

PERTUKARAN PADANG LATIHAN (PANDAN INDAH)

Sukacita dimaklumkan bahawa lokasi latihan mingguan untuk cawangan Pandan Indah akan bertukar seperti berikut:

Tarikh
18 Julai 2009 (Sabtu)
19 Julai 2009 (Ahad)

Lokasi
Padang Taman Kencana
(Belakang Dewan Serbaguna MPAJ)

Masa
Tiada pertukaran

Kami juga ingin menarik perhatian para ibubapa/penjaga yang sentiasa menyokong CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dalam setiap perlawanan dengan menghantar dan menyaksikan anak mereka beraksi dalam persahabatan maupun dalam kejohanan-kejohanan yang disertai.

Kami telah menerima aduan dari ibubapa/penjaga yang memaklumkan bahawa ada segelintir ibubapa/penjaga yang menjerit serta memarahi para pemain yang sedang bermain.

Kami faham bahawa para ibubapa mahukan yang terbaik untuk pasukan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda TETAPI sedikit sebanyak ia telah mengganggu moral, emosi dan mental pemain. Secara tidak langsung pemain akan berasa keliru dan membuatkan mereka tidak dapat membuat keputusan sendiri semasa di atas padang. Secara tanpa disedari juga, nama CIMB Foundation - YFA Bintang Muda turut dicemari apabila pihak penganjur turut memberi amaran.

Oleh yang demikian, kami meminta jasa baik para ibubapa/penjaga agar MEMBENAR & MEMBIARKAN jurulatih CIMB Foundation - YFA Bintang Muda sahaja mengawal dan memberi arahan semasa pemain bermain.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibubapa/penjaga kerana telah memberi banyak kerjasama dan sokongan selama ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...