22 September, 2009

TERIMA KASIH COACH RADHA!


Diam tak diam, CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah 6 tahun beroperasi disekitar Lembah Klang. Bermula dengan 3 orang pelatih di Bandar Baru Sentul pada Ogos 2003, kini YFA Bintang Muda boleh dianggap akademi bolasepak remaja negara yang begitu gigih melahirkan serta mengembangkan bakat bakat muda dalam sukan bolasepak Malaysia.

Semua ini adalah hasil idea seorang insan yang tidak pernah mengenal erti jemu maupun kepayahan bagi memastikan anak anak muda zaman sekarang tidak terjebak dalam kegiatan tidak sihat disamping menerapkan disiplin diri bagi memastikan generasi akan datang meneruskan cita cita memiliki wawasan untuk berjaya demi negara, keluarga dan diri sendiri.

Walaupun begitu, beliau tidak pernah melupakan pengorbanan para ibubapa kepada anak anak muda ini yang begitu ikhlas dan sudi bekerjasama dengan beliau membantu membangunkan akademi ini supaya sama sama beroleh manafaat darinya.

Pada hari ini, 22 September, marilah kita sama-sama memberikan penghargaan kepada insan istimewa ini agar beliau terus dapat membantu anak anak muda ini merialisasikan impian mereka menjadi lagenda bolasepak negara suatu hari nanti.

Terima Kasih & Selamat Hari Jadi

Coach Radha!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...