22 Oktober, 2009

PIALA SULTAN AHMAD SHAH - PERTUKARAN PADANG


Pengarah Teknikal CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa lokasi perlawanan liga pada 25/10/2009 terpaksa ditukarkan pada saat akhir kerana padang tersebut digunakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena sambutan Hari Terbuka Hari Raya.

Oleh yang demikian, lokasi perlawanan telah ditukarkan ke Padang A, Lembaga Getah Malaysia (RRI) Sungai Buloh manakala padang perlawanan untuk 31/10/2009 akan di beritahu kelak.

Para pelatih diminta berada dilokasi perlawanan pada atau sebelum jam 7.30 pagi.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...