05 Oktober, 2009

TABUNG GEMPA BUMI PADANG, SUMATERA BARAT



Kumpulan CIMB bersama akhbar The Star telah melancarkan Tabung Bantuan Padang bagi membantu mangsa-mangsa bencana gempa bumi yang telah melanda kawasan Padang, Sumatera Barat, Indonesia pada hari Rabu, 30 September 2009 yang baru lalu.

Gempa bumi dengan kekuatan 7.6 skala rikter ini telah menghancurkan sebahagian besar kawasan Sumatera Barat terutamanya kawasan Padang. Setakat hari ini (5 Oktober 2009) 607 mangsa telah dikenalpasti terkorban terutamanya di kawasan Padang dan Pariaman yang mencatatkan 231 dan 276 kematian disebabkan oleh kepadatan penduduk kawasan tersebut.

Orang ramai boleh menderma terus ke Tabung Bantuan Padang menerusi akaun CIMB Bank yang tertera di atas.

Atas dasar keperihatinan, CIMB Foundation - YFA Bintang Muda akan mengadakan kutipan derma bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi ini. Tabung Gempa Bumi Padang, "Masih Ada Yang Sayang" akan diadakan pada hari Sabtu, 10 Oktober 2009 disemua cawangan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda.

Para ibubapa boleh menderma seikhlas yang mampu. Orang ramai juga dipelawa untuk sama-sama menderma bagi meringankan bebanan mangsa gempa bumi ini. Segala sumbangan akan disampaikan kepada wakil CIMB-The Star pada hari Ahad, 11 Oktober 2009 jam 3.00 petang di cawangan Pandan Indah.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...