09 November, 2009

SUKU AKHIR PIALA SULTAN AHMAD SHAH 2009

Tamat sudah 22 perlawanan Liga Piala Sultan Ahmad Shah yang telah bermula sejak dari bulan Mei 2009 dengan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah berjaya memenangi 16 perlawanan, 4 seri serta 2 kalah dan mengumpul 52 mata secara keseluruhannya untuk diangkat sebagai juara Kumpulan A.

Semasa permulaan liga, jelas CIMB Foundation - YFA Bintang Muda bukanlah dianggap sebagai pasukan pilihan jika mahu dibandingkan dengan pasukan-pasukan lain. Namun mengakhiri pusingan pertama dengan 9 kemenangan dan 2 seri, semua mata mula terarah kepada kami.

Senario ini membuatkan pasukan-pasukan lain menukar corak permainan mereka dengan bermain secara bertahan dan boleh kami gambarkan perasaan mereka seolah-olah telah berjaya menewaskan pasukan Brazil maupun Perancis di perlawanan akhir Piala Dunia apabila mereka berjaya mendapat keputusan seri dengan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda.

Memasuki pusingan kedua, perlawanan semakin getir kerana pasukan lawan berusaha habis-habisan untuk membolosi pertahanan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda. Kerapkali pemain kita diejek dan dicemuh semasa menguasai permainan yang mengakibatkan kadang-kala emosi wira cilik ini terganggu.

Akibat dari gangguan-gangguan ini telah menyebabkan pemain kita tidak dapat menumpukan perhatian kepada arahan jurulatih hingga menyebabkan pasukan kita seri lagi 2 perlawanan dan tewas 2 perlawanan dengan jaringan yang tipis. Namun, seperti yang sering diingatkan oleh Pengarah Teknikal CIMB Foundation - YFA Bintang Muda, biar kita kalah agar kita menghargai erti kemenangan.

Meneruskan perjuangan ke peringkat suku akhir, CIMB Foundation - YFA Bintang Muda akan dipertemukan dengan Akademi Soccer Kids pimpinan jurulatih yang juga bekas pemain Malaysia dan Selangor, En. Annuar Abu Bakar.

Pengarah Teknikal CIMB Foundation - YFA Bintang Muda, En. Radhakrishnan mempelawa semua ibubapa pelatih CIMB Foundation - YFA Bintang Muda untuk sama-sama memberi sokongan kepada wira cilik ini seperti berikut:

Perlawanan Suku Akhir

Hari - Tarikh - Masa
Sabtu - 14hb. November 2009 - 8:30 pagi

Lokasi
Dataran Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
(Padang Timur-Depan AmCorp Mall)

Lawan
Akademi Soccer Kids


Jika kita berjaya memenangi perlawanan ini, kita akan mara seperti berikut pada hari yang sama dan lokasi yang sama:

Perlawanan Separuh Akhir

Masa
11:30 pagi

Lawan
Pemenang antara
PKNS FC lwn RSC

Marilah kita sama-sama mendoakan agar kejayaan mengiringi wira cilik kita ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...