16 Disember, 2009

JUARA KESELURUHAN INTERCONTINENTAL FOOTBALL ACADEMY CUP 2009 (EDISI PERTAMA)


JUARA KESELURUHAN LAGI!

CIMB Foundation - YFA Bintang Muda muncul sebagai juara keseluruhan edisi pertama Intercontinental Football Academy Cup 2009 anjuran Bowen Soccer Academy Australia serta Arsenal Soccer School Malaysia yang berlangsung dari 13 Disember 2009 hingga 15 Disember 2009 bertempat di Stadium Mini Kompleks 3K dan Stadium MPSJ, Subang Jaya Selangor.



Dalam pertandingan akhir kategori U12 di Stadium Mini Kompleks 3K semalam, CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah memulakan perlawanan pada jam 4.00 petang untuk bertemu pasukan Putra Kapar. Perlawanan sememangnya sengit dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan hinggalah ke wisel penamat di mana keputusan bersudahan seri.

Walaupun tidak berjaya memenangi perlawanan untuk kategori U12 ini, syabas dan tahniah patut diucapkan kepada semua pelatih U12 yang telah berusaha bersungguh-sungguh bermain bersama sebagai satu pasukan dan penentuan pemenang menerusi sepakan penalti adalah sesuatu yang perlu diterima dengan hati yang tabah.


Perlawanan akhir Kategori U12

Sejurus selepas itu, perlawanan akhir kategori U10 telah menemukan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda bersama Bowen Soccer Academy dari Australia. Bermula dari tiupan wisel pertama, kedua pasukan saling berusaha menembusi pertahanan pasukan lawan namun lebih ketara penguasaan kemas pasukan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda U10.

Hasil dari usaha tanpa mengenal erti penat, 2 gol berjaya dijaringkan sehinggalah ke wisel penamat. Tahniah CIMB Foundation - YFA Bintang Muda U10!


Perlawanan akhir Kategori U10

Beralih pula ke Stadium MPSJ Subang Jaya untuk perlawanan akhir kategori U14 dimana pasukan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda turun untuk bertemu Bowen Soccer Academy. Dari tiupan wisel permulaan, penonton telah dihidangkan dengan permainan agresif dari kedua-dua pasukan.


Perlawanan akhir Kategori U14

Sehinggalah ke wisel penamat dibunyikan, CIMB Foundation - YFA Bintang Muda U14 hanya melepaskan satu gol dan ini sudah cukup untuk mengangkat pasukan lawan yang juga tuan tumah kejohanan sebagai pemenang.

Walaubagaimanapun, syabas dan tahniah kepada CIMB Foundation - YFA Bintang Muda U14 kerna telah berusaha habis-habisan.

Upacara penyampaian hadiah telah diadakan sejurus selepas perlawanan akhir U17 dan pujian harus diberikan kepada pasukan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda U17 kerna berjaya mendapat tempat ke 3 setelah tewas semasa peringkat separuh akhir.

Setelah keputusan setiap kategori diumumkan dan hadiah disampaikan, pihak penganjur iaitu Bowen Soccer Academy Australia dan Arsenal Soccer School Malaysia telah bersetuju untuk menobatkan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda sebagai JUARA KESELURUHAN INTERCONTINENTAL FOOTBALL ACADEMY CUP 2009 (EDISI PERTAMA) !

Syabas dan tahniah kepada semua PELATIH yang telah berusaha mempraktik segala latihan yang telah dipelajari dan mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi. Terima kasih juga kepada semua JURULATIH yang tidak jemu-jemu menurunkan ilmu kepada semua pelatih sehingga mereka amat cemerlang pada tahun ini.

Tidak dilupakan juga kepada kesemua IBUBAPA yang telah sanggup berkorban masa, tenaga dan wang dari hari Sabtu, 12 Disember 2009 (Kejohanan RSC yang mana kita juga muncul sebagai Juara Keseluruhan) hinggalah ke hari ini demi memastikan anak-anak mereka mendapat pendedahan secukupnya dalam sukan bolasepak yang semakin kompetitif.

"Kita MENANG sebagai SATU PASUKAN"
"Kita KALAH juga sebagai SATU PASUKAN"




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...