28 Disember, 2009

PIALA SULTAN AHMAD SHAH U12 2010

Pengarah Teknikal CIMB Foundation - YFA Bintang Muda, En Radakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa satu pasukan baru akan dibentuk untuk mewakili CIMB Foundation - YFA Bintang Muda ke Piala Sultan Ahmad Shah U12 bagi tahun 2010.

Pemilihan pemain untuk pasukan baru ini akan dibuat semasa sesi latihan hari Sabtu & Ahad sepanjang bulan Januari 2010 dan dibuka kepada semua pelatih Kategori CIMB Foundation - YFA Bintang Muda U12 dan juga kepada mereka yang berminat untuk mewakili CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dalam mana-mana kejohanan yang bakal disertai disepanjang tahun 2010.



Antara kriteria-kriteria yang akan dipertimbangkan adalah seperti berikut:
  1. Kehadiran ke latihan
  2. Disiplin di dalam dan di luar padang
  3. Kemahiran teknikal
  4. Kemahiran taktikal
  5. Stamina
  6. Yuran bulanan
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En Radakrishnan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...