22 Februari, 2010

LAWATAN DATO' SRI NAZIR RAZAK KE YFA!

Pengarah Teknikal CIMB Foundation - YFA Bintang Muda, En Radakrishnan telah mengesahkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Dato' Sri Nazir Razak  akan membuat lawatan ke padang latihan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda Cawangan Pandan Indah seperti butiran berikut:

Tarikh
Sabtu, 6 Mac 2010


Masa
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Lokasi
Padang Bolasepak MPAJ
Pandan Indah

Penting
Latihan semua kategori adalah mengikut masa seperti di atas
(tiada latihan pada waktu petang)

Lawatan Dato Sri Nazir yang juga merupakan Pengurus Pasukan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda untuk Piala Sultan Ahmad Shah (PSAS) 2010 ini akan turut disertai oleh wakil dari Yayasan CIMB dan Kumpulan CIMB.

Kunjungan Dato' Sri Nazir ini pastinya untuk menyaksikan persiapan yang sedang giat dijalankan oleh pasukan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda sebelum bermulanya PSAS yang akan membuka tirainya pada hari tersebut.

Semua pelatih CIMB Foundation - YFA Bintang Muda Cawangan Pandan Indah diwajibkan hadir ke sessi latihan ini bagi  memeriahkan lagi kehadiran Dato' Sri Nazir.

Juga, suka diingatkan bahawa mesyuarat Pengurus Pasukan PSAS telah diijalankan pada hari Ahad, 21hb Februari 2010 lalu. Klik panel kiri untuk melihat di mana pasukan PSAS CIMB Foundation - YFA Bintang Muda ditempatkan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...