21 Februari, 2011

LIGA BOLASEPAK REMAJA 1MCC B12 2011


CIMB-YFA Bintang Muda sekali lagi akan memeriahkan 1 Malaysia Cardiff City Junior Football League (1MCC, dulunya dikenali sebagai National Junior Open Community League - Piala Sultan Ahmad Shah) yang dijangka akan bermula pada 12/03/2011.

Liga yang ditujukan khas kepada remaja yang lahir pada atau selepas tahun 1999 ini bertujuan sebagai  asas pertandingan bagi akademi-akademi bolasepak remaja disamping memajukan perkembangan bolasepak diperingkat akar-umbi.

32 buah akademi akan dibahagikan kepada 2 kumpuan dengan 16 pasukan setiap kumpulan. Pertandingan akan berjalan secara satu pusingan sahaja dan setiap pasukan dijangkakan akan bermain sekurang-kurangnya 15 perlawanan. Pusingan kedua akan menyaksikan 8 pasukan teratas setiap kumpulan bertanding dalam peringkat kalah-mati.

Semua pasukan akan bermain sekurang-kurangnya 2 perlawanan secara bergilir Sabtu dan Ahad pada setiap minggu dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Contoh : Minggu 1 Kumpulan A bermain pada hari Sabtu, maka pada Minggu 2 Kumpulan A akan bermain pada hari Ahad).

Lokasi rasmi liga telah ditetapkan di Padang Lembaga Getah Malaysia (RRI), Sungai Buloh. Walaubagaimanapun Pihak Jawatankuasa Liga berhak menentukan lokasi perlawanan pada setiap minggu.

1MCC B12 2011 turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran akademi-akademi terkemuka tanahair seperti berikut:
  1. Akademi Soccerkids MBSA
  2. AB Kota Damansara 
  3. AB MBPJ 
  4. AB PKNS FC 
  5. AB PNSB 
  6. CIMB-YFA 
  7. Glenmarie Utd 
  8. Jasmine Juniors 
  9. Gen Pro 
  10. Junior soccer schools 
  11. Royal Selangor Club 
  12. Mahkota FA 
  13. KBRB 
  14. Soccergurus 
  15. UKRC 
  16. Kelab Bolasepak Remaja Puchong 
  17. First Kick 
  18. Kids Soccer 
  19. Remaja Harimau Malaya FC 
  20. Jasmine Putra United 
  21. Red Giants 
  22. Rights Football Academy 
  23. Kelab Bolasepak Little Stars 
  24. Qube Football Academy 
  25. Bintang Biru 
  26. Astaka FC  
  27. Proficient ACA Football 
Hadiah-hadiah lumayan dan menarik bernilai lebih RM20,000 telah disediakan kepada para pemenang.

Untuk rekod, Skuad CIMB-YFA telah dua tahun berturut-turut menyertai kejohanan ini dan juga telah muncul sebagai "PASUKAN PILIHAN" pada setiap tahun. Pastinya nanti menjadi idaman setiap pasukan bertanding agar dapat menumpaskan SKUAD CIMB-YFA B12 apabila LIGA BOLASEPAK REMAJA 1MCC B12 2011 bermula nanti!

Jutaan terima kasih kepada CIMB FOUNDATION yang tidak henti-henti memberi sokongan kepada CIMB-YFA Bintang Muda demi memajukan perkembangan bolasepak negara dari peringkat akar umbi. Juga ucapan terima kasih kepada para ibubapa yang tidak henti-henti memberi sokongan demi kemajuan anak-anak mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...