14 Mac, 2011

KEJOHANAN ANTARABANGSA LITTLE LEAGUE 2011



Bertempat Sekolah Antarabangsa Alice Smith, Seri Kembangan Selangor telah berlangsung Kejohanan Antarabangsa Little League Ke 5 2011 pada 12-13 Mac 2011 yang lalu. Kejohanan tahunan yang membabitkan 6 kategori penyertaan iaitu Kategori U8, U10, U12, U14, U16 (7 pemain sepasukan) & U18 (11 pemain sepasukan) telah menarik minat banyak akademi bolasepak dalam dan luar negara.

CIMB-YFA Bintang Muda telah mengambil bahagian dalam kesemua kategori yang dipertandingkan dan berikut adalah keputusan rasmi kejohanan:


Kategori U8
Peringkat Suku Akhir

Kategori U10
Johan

Kategori U12
Naib Johan

Kategori U14
U14 Johan
U13 Naib Johan

Kategori U16
Johan

Kategori U18
Naib Johan

Satu permulaan yang baik ubtuk tahun 2011. Tahniah dan syabas kepada semua pelatih yang telah mempamerkan semangat kesukanan dan semangat juang yang tinggi disamping berjaya menaikkan martabat bolasepak akar umbi negara di mata pasukan antarabangsa.


~ Menang sebagai SATU PASUKAN ~
~ Kalah juga sebagai SATU PASUKAN ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...