15 Jun, 2011

MAJLIS PELANCARAN PASUKAN PROJEK CIMB-YFA U13 : VISI PERTAMA 2013


CIMB-YFA Bintang Muda akan mengadakan majlis pelancaran Pasukan Projek CIMB-YFA U13 : Visi Pertama 2013 seperti butiran berikut:


Tarikh / Hari
17hb Jun 2011 / Jumaat

Masa 
4.30 petang

Lokasi
Institut Perguruan Teknik Cheras Kuala Lumpur

Tetamu Kehormat adalah Pengarah Kumpulan CIMB yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Dato' Mohd Shukri Hussin, Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (PBKL), Datuk Astaman Abdul Aziz dan Pengarah Pemasaran Korporat Kronos, En  Ashley Shiman Pereira.

Antara aturcara majlis yang telah disusun adalah sesi memperkenalkan para pelatih yang terpilih,  penyerahan cek dari Yayasan CIMB selaku penaja utama Pasukan Projek CIMB-YFA U13, penyerahan pakaian rasmi dari Kronos selaku pembekal rasmi kelengkapan pakaian dan peralatan Pasukan Projek CIMB-YFA U13 serta sesi bergambar. 

Majlis pelancaran ini adalah hasil usahasama Yayasan CIMB, Kronos & CIMB-YFA Bintang Muda. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...