12 September, 2011

YFAMALAYSIA.COM SUDAH 6 TAHUN!


Laman web www.yfamalaysia.com baru sahaja merentasi usia 6 tahun pada 11hb September 2011 lalu. 

Memulakan operasinya semenjak 11 September 2006 bersempena dengan hasrat Pengarah Teknikal CIMB-YFA Bintang Muda, En Radhakrishnan sendiri yang mahukan CIMB-YFA Bintang Muda bukan sahaja dikenali di tengah padang, malah dikenali juga diseluruh Malaysia, jika tidak diseluruh dunia

Terima kasih atas sokongan dan dorongan anda semua selama 6 tahun ini. Tanpa semangat dan keazaman anda semua, www.yfamalaysia.com tidak mungkin akan terus bertapak kukuh dipersada maya ini.

Jutaan terima kasih juga kepada Pihak Pentadbiran CIMB-YFA Bintang Muda yang diketuai oleh Pengarah Teknikal, Coach Radakrishnan atas kerjasama serta sumbangan idea yang diberikan. 

Moga www.yfamalaysia.com dan CIMB-YFA Bintang Muda akan terus mewarnai persada blasepak tanahair dari peringkat akar umbi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...