26 Mac, 2007

KARNIVAL BOLASEPAK YFA U8 KEMBALI!!!

Acara yang ditunggu-tunggu telah tiba!!!

Kepada semua pelatih Youth Football Academy (YFA) Kategori 8 Tahun, satu Karnival Bolasepak YFA U8 akan diadakan seperti butiran yang berikut:

Tarikh
1hb. April 2007

Masa
8.00 pagi - 3.00 petang

Lokasi
Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah (SMKPI)

Tujuan
Mencungkil bakat² baru dari kalangan pelatih berumur 6, 7 & 8 tahun disamping mengeratkan perhubungan diantara pelatih, keluarga serta pengurusan YFA.

Pelatih² akan dipecahkan kepada beberapa pasukan dengan setiap pasukan mempunyai 5 orang pemain. Antara nama² pasukan yang akan dipertandingkan adalah YFA Barcelona, YFA Real Madrid, YFA Celta Vigo, YFA Valencia dan beberapa lagi nama yang diambil dari liga terkemuka Sepanyol.

Setiap pasukan akan mempunyai seorang pengurus pasukan yang akan mengatur strategi perlawanan pasukan masing² serta beberapa perkara lain seperti berikut:
  • Menyedia pasukan sebelum perlawanan
  • Mengatur strategi pasukan semasa perlawanan
  • Menyelia makanan untuk pasukan
  • Mengekalkan disiplin pasukan

Istimewanya pengurus² pasukan semasa karnival ini adalah mereka terdiri dari para ibubapa pelatih² YFA sendiri!!! ... Kita akan saksikan sendiri aksi mereka nanti!

Tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada CEO YFA iaitu Puan Amirtha Selvi serta pengerusi YFA Sungai Buloh, En. Nurool kerana telah sudi menyumbangkan sarapan pagi serta makan tengahari kepada para pelatih.

Oleh yang demikian, semua pelatih YFA serta pengurus pasukan Kategori 8 Tahun diminta berada di padang SMKPI sebelum jam 8.00 pagi untuk penerangan ringkas.

Tidak lupa dingatkan bahawa hari Sabtu (31hb. Mac 2007) adalah hari latihan seperti biasa disemua 4 pusat latihan YFA.

YFAMALAYSIA.COM mengucapkan selamat menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW kepada semua pelatih, keluarga serta pengurusan YFA yang meraikannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...