02 April, 2007

SEKITAR KARNIVAL YFA U8

Karnival Youth Football Academy (YFA) U8 2007 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad, 1hb. April 2007 yang baru lalu bertempat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah (SMKPI).

Karnival yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dibahagikan kepada 2 kumpulan seperti berikut dengan 5 pemain setiap pasukan.

Kumpulan A
1. YFA Real Madrid
2. YFA Sevilla
3. YFA Espanyol
4. YFA Celta Vigo
5. YFA Bercelona
6. YFA Deportivo La Coruna

Kumpulan B
1. YFA Villareal
2. YFA Atletico Madrid
3. YFA Real Betis
4. YFA Osasuna
5. YFA Valencia

Sebelum pertandingan bermula, sarapan pagi telah diberikan kepada para pemain diikuti penerangan tentang tugasan para pengurus pasukan. Setiap perlawanan berlangsung selama 10 minit. Berbagai aksi pemain termasuk para ibubapa dapat disaksikan.

Pertandingan terpaksa dihentikan seketika kerana hujan lebat yang turun. Masa yang ada telah digunakan untuk jamuan makan tengahari dimana semua pemain, pengurus, penganjur serta ahli keluarga pemain turut dijemput sama.

Kesempatan yang ada ini telah digunakan untuk pengurusan YFA beramah mesra bersama ahli keluarga pemain. Selepas jamuan makan tengahari, para pemain diberi rehat seketika sebelum pertandingan bermula kembali.

Kemuncak kepada karnival ini adalah pertandingan separuh akhir dan akhir di mana semua yang hadir telah memenuhi kawasan sekitar padang pertandingan untuk menyaksikan aksi pemain² cilik berjuang berhabis-habisan untuk memenangi pertandingan tersebut sekaligus untuk bergelar juara.

Lumrah pertandingan, ada yang bernasib baik dan ada juga yang kurang bernasib baik. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:

Juara - YFA CELTA VIGO
Tempat Kedua - YFA REAL BETIS
Tempat Ketiga - YFA OSASUNA

Penjaga Gol Terbaik - MUHD NOR ATIFF - YFA CELTA VIGO
Penjaring Terbanyak - MUHD DANIAL HAZIM - YFA REAL BETIS
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - ADIB NASRON - YFA CELTA VIGO
Pemain Terbaik Kejohanan - TANESH - YFA REAL BETIS

Hadiah² telah disampaikan oleh Ketua Jurulatih Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (Bawah 17 Tahun), En. Zul Akhbar. Selepas itu, acara pertunjukan puppet telah diadakan untuk menutup tirai Karnival YFA U8 2007.

YFAMALAYSIA.COM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemain yang telah berjaya menjadi juara dan kepada yang lain, anda juga adalah juara di atas semangat dan daya juang yang telah dipamerkan.

YFAMALAYSIA.COM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penyumbang sarapan pagi dan jamuan makan tengahari iaitu Puan Amirtha serta En. Nurool. Juga ucapan terima kasih kepada para pengurus pasukan yang telah berusaha sedaya upaya membawa pasukan masing² ke peringkat akhir.

Juga ucapan terima kasih kepada para ibubapa yang telah sudi menjadi AJK penyelia makanan semasa jamuan makan tengahari serta memastikan keadaan kantin bersih selepas itu.

Ucapan terima kasih juga kepada para jurulatih YFA yang telah bertugas dari awal pagi hingga lewat petang dalam menyediakan padang permainan, menjadi pengadil perlawanan, pencatat mata, unit kecemasan, unit PA, unit kebersihan selepas karnival dan lain lain lagi.

Juga ucapan terima kasih kepada mereka mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang mana jika hendak disebutkan nama satu persatu, pastinya semua ada terlibat walau sekecil manapun bantuan mereka.

Akhir kata, YFAMALAYSIA.COM memohon kemaafan jika ada sebarang perkara² yang tidak disengajakan yang mungkin menyinggung mana² pihak semasa kernival tersebut berlangsung. Jumpa lagi kita di karnival YFA U8 yang akan datang!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...