30 April, 2007

KEHANGATAN KARNIVAL YFA U12

Memang hangat!!!

Sememangnya, tidak dapat dinafikan, setiap karnival yang dianjurkan oleh YFA pasti mendapat sambutan yang menggalakkan dari para ibubapa pelatih.


Ini dapat disaksikan semasa berlangsungnya Karnival Bolasepak YFA U12 2007 yang baru berlangsung pada 29hb April 2007 yang baru lalu.

Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dalam karnival tersebut yang dipecahkan kepada 2 kumpulan seperti berikut:


KUMPULAN A
YFA Argentina
YFA England
YFA France
YFA Portugal

KUMPULAN B
YFA Brazil
YFA Germany
YFA Italy
YFA Spain

Selepas bersarapan, pelatih serta pengurus pasukan diberi penerangan ringkas mengenai aturcara serta peraturan karnival. Tepat jam 8.30 pagi, pertandingan pertama dimulakan. Semua pelatih mencuba bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan pasukan mereka dan secara tidak langsung bakal melayakkan mereka ke peringkat separuh akhir.


Selepas berakhirnya perlawanan peringkat kumpulan, 2 pasukan teratas dari setiap kumpulan iaitu YFA Argentina & YFA France (Kumpulan A) serta YFA Brazil & YFA Germany (Kumpulan B) telah berjaya melayakkan diri mereka ke peringkat separuh akhir.


Kehangatan terus dirasai apabila semua berlawanan yang dilangsungkan telah dijalankan dalam keadaan cuaca yang baik. Perlawanan akhir diantara YFA Argentina & YFA Brazil juga turut dimeriahkan dengan sorakan semua hadirin.


Adat pertandingan, pasti ada yang menang dan ada juga yang kurang bernasib baik. Disenaraikan keputusan penuh Karnival Bolasepak YFA U12 2007;


Tempat Pertama : YFA Argentina
Tempat ke 2 : YFA Brazil
Tempat ke 3 : YFA France

Penjaring Terbanyak : Darvintheran (Brazil)
Penjaga Gol Terbaik : Mohd Muazzam (YFA Argentina)
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : Mohd Munif (YFA Argentina)
Pemain Terbaik Karnival YFA U12 2007 : Suthesh a/l Perumal (YFA Argentina)

Tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang kurang bernasib baik, tiada istilah kalah kerana kesungguhan yang telah dipamerkan sepanjang karnival berlangsung telah membuktikan bahawa semua pelatih YFA U12 telah berjaya mempraktikkan segala yang telah dipelajari semasa latihan mingguan.


Tidak dilupakan juga, tahniah kepada kesemua pengurus pasukan yang telah membimbing pasukan masing masing. Untuk pengetahuan semua, ketiga-tiga pasukan yang telah menduduki kedudukan teratas karnival kali ini telah dibimbing oleh pengurus pasukan wanita!!! ... Tahniah!


Hadiah hadiah telah disampaikan oleh En. Sivalingam, Ketua Jurulatih Figos FC serta En. S. Karrupiah, Ketua Jurulatih Pasukan Projek YFA U15. Turut hadir sepanjang karnival dijalankan adalah CEO YFA, Puan Amirtha Selvi yang telah sudi menyampaikan cenderahati kepada En. Sivalingam dan En. Karrupiah.


Karnival berakhir pada jam 2.00 petang selepas semua pelatih dijamu dengan jamuan tengahari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...