23 April, 2007

DAULAT TUANKU ...


YFAMALAYSIA.COM ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Al Wathiqu Billah, Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj di atas pertabalan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung Malaysia yang ke 13 pada hari Khamis, 26 April 2007. Sebelum ini, baginda merupakan Sultan Terengganu yang ke 17.

Baginda telah dilahirkan pada 22 Januari, 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, beliau kemudiannya pergi ke luar negera untuk melanjutkan perajaannya di sekolah berprestij, Geelong Grammar School di Geelong, Australia.

Dalam tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di U.S. International University-Europe di London, memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera di International Relationships pada 9 Jun 1988.

Baginda telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages daripada 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983, dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst di England daripada 3 May 1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Disember 1983. Baginda telah dikomisyenkan pangkat Leftenen pada 1 Mac 1984 dan telah memberikan khidmatnya di Askar Berkuda DiRaja.

Baginda telah dilantik sebagai Putera Mahkota negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979 dan kemudiannya pemangku Sultan Terengganu daripada 20 Oktober hingga 8 November 1990.

Baginda merupakan sultan melayu termuda semasa ditabalkan sebagai Sultan Terengganu pada 15 Mei 1998. Ketika itu baginda berumur 36 tahun. Kemudiannya, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang DiPertuan Agong dari 26 April 1999 hinggalah baginda dilantik sebagai Yang DiPertuan Agung.

Pada 3 Novermber 2006, Majlis Raja Raja Melayu telah bersetuju untuk melantik baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung ke 13 mulai dari 13 Disember 2006 selama sepenggal (5 tahun). Baginda berumur 44 tahun semasa perlantikan tersebut, Yang DiPertuan Agung pertama yang dilahirkan selepas merdeka.

Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin akan diadakan dalam adat istiadat di-Raja Melayu, di Balairong Seri Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Khamis, 26 April 2007 pukul 10.00 pagi


DAULAT TUANKU ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...