28 Mei, 2007

SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN (SWIP) 2007

Pengarah Kejurulatihan YFA, En. Radhakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa YFA Figos akan menghantar satu pasukan untuk bertanding bagi acara bolasepak di Sukan Wilayah Persekutuan (SWIP) 2007 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) serta Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP).

Penganjuran ini bertujuan untuk memilih bakat baru dari WP Kuala Lumpur, WP Labuan & WP Putrajaya untuk mewakili Kontijen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XII 2008 di Terengganu nanti disamping membekalkan bakat baru untuk peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

SWIP 2007 akan mempertemukan hampir 4468 ahli sukan dari ketiga-tiga WP. Antara sukan lain yang dipertandingkan selain bolasepak adalah olahraga, akuatik, badminton, sepak takraw, karate, berbasikal, golf, ping pong, bola jaring, judo, tinju, silat, memanah, hoki, bola tampar, gimnastik, ragbi, tenis dan lain lain lagi.

Beliau juga mempelawa para ibubapa yang tidak kemana mana untuk membawa anak masing² memberikan sokongan kepada pasukan YFA-Figos yang akan bertanding pada tarikh dan masa seperti berikut:

28 Mei 2007 - 6.30 petang : YFA Figos lwn Titiwangsa
29 Mei 2007 - 8.45 malam : YFA Figos lwn Labuan
31 Mei 2007 - 8.45 malam : YFa Figos lwn Putrajaya
01 Jun 2007 - 4.15 petang : YFA Figos lwn Brazil FC

Kesemua lokasi perlawanan adalah di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Kehadiran para ibubapa dan pelatih adalah amat dialu-alukan. Para pelatih diminta memakai jersi latihan warna merah.

En. Radhakrishnan juga memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa latihan akan berjalan seperti biasa disepanjang cuti sekolah yang telah bermula pada hari ini.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...