21 Mei, 2007

YFA JUARA LIGA BOLASEPAK FIGOS U12!!!

YFA! ... oooOOO!!!

Sekalung ucapan tahniah perlu diberikan kepada pemain pasukan Youth Football Academy (YFA) kerana sekali lagi berjaya menonjolkan kebolehan mereka mengadaptasikan segala ilmu yang dipelajari semasa latihan mingguan untuk muncul sebagai juara Liga Bolasepak Figos U12 anjuran Figos & Milo yang baru tamat semalam.

Sebanyak 9 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung selama 3 minggu berturut-turut. YFA menjuarai pertandingan tersebut setelah berjaya mengumpul 19 mata hasil dari 6 kemenangan, 1 seri dan satu kalah.

Dengan kemenangan ini, YFA menerima hadiah wang tunai RM2,000 serta produk keluaran penganjur bernilai RM2,000.

Tahniah sekali lagi YFA!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...