14 Mei, 2007

LIGA BOLASEPAK FIGOS U12

Pengarah Kejurulatihan Youth Football Academy (YFA), En. Radhakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa YFA sedang menyertai satu pertandingan bolasepak yang dikenali sebagai 'Liga Bolasepak Figos U12' bermula dari 6 - 20 Mei 2007 bertempat di Institut Penyelidikan Getah, Sg. Buloh.

Pertandingan ini berlangsung pada setiap pagi ahad dan membabitkan 9 pasukan remaja seperti Gen Pro, Youth Football Academy A (YFA A), Ferrari Junior KL (FJKL), Malaysian Indian Football Association (Mifa), Youth Football Academy B (YFA B), Jerung Pintar Football Club (JPFC), Kajang Soccer Academy (KSA), Negri Sembilan Indian FA (Nifa) serta pasukan tuan rumah, Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Kepada para ibubapa yang berminat untuk menyaksikan pertandingan tersebut, kehadiran semua adalah dialu-alukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...