20 Ogos, 2007

PENJENAMAAN SEMULA


KELAB BOLASEPAK BINTANG MUDA


Proses penjenamaan semula Youth Football Academy (YFA) berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Sedikit masa lagi, YFA akan bertukar nama ke KELAB BOLASEPAK BINTANG MUDA serta akan menggunakan logo baru kelab seperti di atas. Tarikh berkuatkuasa nama baru ini akan dimaklumkan sedikit masa lagi.

Mengikut FASAL 5 PERLEMBAGAAN kelab baru ini, logo/lambang kelab baru ini membawa maksud seperti berikut:

Logo/Lambang kelab ini adalah SEMUT MEMBAWA BOLA
  • Semut membawa maksud bijak, laju, rajin, cekap dan bersatu.
  • Bola adalah lambang sukan bolasepak
  • Bintang melambangkan wawasan

Warna pada logo/lambang:

  • Biru Muda melambangkan perpaduan
  • Biru tua melambangkan kemenangan
  • Putih melambangkan suci
  • Merah melambangkan keberanian
  • Kuning melambangkan warna diraja

Bersempena dengan penjenamaan semula ini, pihak kelab sedang mengedarkan pelekat kereta beserta logo baru ini kepada semua ibubapa. Pelekat kereta ini boleh didapati dari Puan Amita sendiri pada setiap sessi latihan berlangsung. Para ibubapa yang berminat untuk memberi sumbangan ikhlas semasa menerima pelekat kereta ini adalah dialu-alukan.

Bersempena dengan penjenamaan semula ini, Pengarah Teknikal YFA, En Radakrishnan berharap para ibubapa akan terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada kelab baru ini.

Beliau juga memohon jasa baik para ibubapa agar dapat membantu membangunkan kelab baru ini dengan bekerjasama serta memberi cadangan/pandangan/komen terus kepada beliau agar sebarang masalah yang berlaku dapat diatasi sebaik serta secepat mungkin.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...