24 Ogos, 2007

PERTANDINGAN BOLASEPAK KEMERDEKAAN KE 50 (2007) KATEGORI U10 & U15

Pengarah Teknikal Youth Football Academy (YFA), En Radakrishnan (gambar) telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa YFA akan menyertai satu pertandingan bolasepak sempena meraikan ulangtahun kemerdekaan yang ke 50 seperti yang tercatat dalam butiran di bawah:



Tarikh
1hb & 2 hb September 2007 (Sabtu & Ahad)

Masa
8.00 pagi hingga 6.oo petang

Lokasi
Stadium Mini Shah Alam, Seksyen 13 Shah Alam, Selangor

Kepada pemain yang telah dipilih, sila serahkan salinan surat beranak kepada Puan Amita pada atau sebelum 26/08/2007. Pemain dikehendaki memakai jersi latihan kuning, seluar trek biru dan kasut sukan. But bola, stokin & shin guard perlu dibawa bersama.

Kepada para ibubapa yang tidak mengetahui lokasi pertandingan tersebut, bolehlah berkumpul di Padang Bolasepak MPAJ kerana konvoi akan bertolak pada jam 7.01 pagi. Ibubapa diingatkan untuk menyediakan makanan kepada para pemain.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...