01 September, 2007

PERTUKARAN WAKTU LATIHAN BULAN PUASA

Pengarah Teknikal Youth Football Academy-Kelab Bolasepak Bintang Muda (YFA-KBBM), En Radakrishnan Nadesan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa YFA-KBBM akan membuat pertukaran waktu latihan dalam bulan puasa seperti berikut mulai Sabtu, 15hb. September 2007:

Latihan Hari Sabtu (15/9, 22/9, 29/9 & 6/10) & Ahad (16/9, 23/9, 30/9 & 7/10)
Bermula pada jam 4.30 petang dan tamat pada jam 6.30 petang

Latihan Hari Sabtu (13/10) & Ahad (14/10)
Tiada latihan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Waktu latihan akan kembali ke waktu biasa selepas bulan puasa.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para ibubapa/penjaga kerana telah dan akan memberi sokongan kepada pihak pengurusan YFA-KBBM serta ucapan selamt berpuasa kepada semua warga YFA-KBBM yang beragama Islam.

Sekian harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...