31 Disember, 2007

PERUTUSAN KHAS 2008 PENGARAH TEKNIKAL YFA BINTANG MUDA

Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua pelatih, ibubapa pelatih, jurulatih dan juga anda yang telah menyokong YFA Bintang Muda dari dulu, kini dan akan datang.

Dalam tahun 2008 ini, pihak pentadbiran bersama para jurulatih telah bermesyuarat serta bersetuju untuk merangka aktiviti berikut untuk sepanjang tahun 2008 khas untuk kemajuan para pelatih YFA Bintang Muda dan juga untuk kemajuan bolasepak remaja di Malaysia secara amnya.

Antara perancangan tersebut adalah seperti berikut:

Festival Piala Bolasepak Remaja U8, U10 & U12
Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane Kuala Lumpur
Februari 2008

Festival Piala Bolasepak Remaja U14 & U17
Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane Kuala Lumpur
Mac 2008

Festival Bolasepak Remaja U12
Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane Kuala Lumpur
Mei 2008 (2 hari)

Festival Bolasepak Remaja U14
Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane Kuala Lumpur
September 2008 (2 hari)

Festival Skil Bolasepak Remaja U14
Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane Kuala Lumpur
November 2008

Majlis Penyampaian Sijil 2008
Disember 2008

Disamping itu juga, kami bercadang untuk mengadakan Klinik Kejurulatihan untuk peringkat sekolah & daerah.

Sementara itu, YFA Bintang Muda telah mendapat jemputan untuk bertanding dalam perlawanan perlawanan berikut untuk sepanjang tahun 2008 ini:

Liga MPAJ - U14 & U16
Piala Perdana Nike Perdana Manchester United - U16
Piala Remaja Kuala Lumpur - U17
Kejohanan Remaja Melaka - U14 & U17
Kejohanan Remaja Antarabangsa Singapura - U12
Kejohanan Remaja Antarabangsa RSC 7 Sebelah - U12
Kejohanan Remaja RSC - U8, U10, U12, U14 & U16
Kejohanan Remaja FAM - U8, U10, U12, U14 & U16
Kejohanan Remaja Daerah Hulu Langat - U12
Kejohanan Remaja PNSB - U8, U10, U12 & U14
Kejohanan Remaja Gen Pro - U15
Kejohanan Remaja MBPJ - U8, U10, U12, U14 & U16
Kejohanan Remaja PKNS - U8, U10, U12, U14 & U16
Kejohanan Remaja Felda Lurah Bilut Bentong Pahang - U8, U10, U12, U14 & U16
Kejohanan Remaja Bintang Biru Pulau Pinang - U12 & U16
Liga Divisyen 1 Kuala Lumpur - YFA Bintang Muda FC

Dengan perancangan serta penyertaan yang telah dirangka oleh pihak pengurusan YFA Bintang Muda, kami berharap agar para pelatih kami akan mendapat pendedahan yang lebih luas lagi berbanding dari tahun sebelumnya.

Kami juga mengharapkan para ibubapa dapat memberikan sokongan serta dorongan kepada anak-anak mereka untuk terus bergiat aktif dalam sukan bolasepak memandangkan negara kita akan ketandusan pencapaian jika tiada barisan pelapis dibentuk dari sekarang.

Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana sudi meluangkan masa melayari laman web kami. Kami juga mengharapkan para ibubapa akan terus memberikan sokongan baik dari segi moral, tenaga, masa maupun wang demi kemajuan bersama.

"PROGRAM BOLASEPAK MALAYSIA MENUJU PIALA DUNIA 2008"
"MASA DEPAN BOLASEPAK MALAYSIA BERMULA DI SINI"
"SOCCER BEGINS HERE"

Radhakrishnan Nadesan
Pengarah Teknikal
YFA Bintang Muda

30 Disember, 2007

SELAMAT TAHUN BARU 2008!

Pasukan Bapa² di Felda Lurah Bilut, Bentong Pahang


Pentadbiran YFA Bintang Muda beserta Pengurusan YFA-BINTANGMUDA.COM ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2008 kepada semua pelatih, jurulatih, pengurusan dan yang terutama sekali, kepada para ibubapa yang telah tidak jemu jemu memberikan sokongan baik dari segi moral, tenaga, masa maupun wang demi untuk menjayakan YFA Bintang Muda.


Pelatih² berusia 8, 10, 12, 14 & 16 yang telah meningkat usia akan mengikuti skim latihan baru. Pelatih² lain pula akan menjadi tulang belakang baru kepada pasukan mereka. Diharap kesinambungan ini akan membibitkan benih² kejayaan yang lebih manis lagi untuk dikenang pada tahun 2008 nanti.


Sokongan para ibubapa memainkan peranan yang penting dalam pembangunan bolasepak remaja baik di YFA Bintang Muda maupun di mana² akademi bolasepak negeri sekalipun. Tanpa sokongan dan dorongan para ibubapa, remaja² yang mempunyai minat mendalam dalam bidang bolasepak akan berkubur begitu sahaja.


Di usia inilah para remaja perlu didedahkan dengan aktiviti berfaedah yang boleh membantu pemikiran, pergaulan serta sifat jati diri mereka demi menempuh cabaran di masa hadapan.


Sehubungan dengan itu, demi merapatkan perhubungan diantara pelatih, jurulatih serta ibubapa, para ibubapa dijemput untuk hadir sendiri di padang latihan bagi menyaksikan sendiri latihan yang diikuti oleh anak mereka.


Selain dari itu, para bapa yang berminat untuk beriadah setelah sepanjang minggu bekerja dipelawa untuk menyertai pasukan bolasepak para bapa yang semakin aktif mengadakan perlawanan persahabatan bersama YFA Bintang Muda ataupun bergerak secara bersendirian.


Waktu latihan (anda pasti terhibur dengan gelak ketawa para bapa semasa latihan) adalah selepas waktu latihan YFA Bintang Muda di Padang Bolasepak MPAJ Pandan Indah. Buat masa ini, tiada bayaran dikenakan untuk turut serta. Berminat boleh berhubung dengan En Bahar, En Ismail ataupun En Aren.


Semoga Tahun 2008 membawa kenangan yang lebih manis kepada semua.


Kita Menang ... sebagai satu pasukan,
Kita Kalah ... juga sebagai satu pasukan!

10 Disember, 2007

LATIHAN DIBATALKAN

Pengarah Kejurulatihan YFA Bintang Muda, En Radhakrishnan Nadesan telah memaklumkan kepada YFA-BINTANGMUDA.COM bahawa YFA Bintang Muda akan menyertai Kejohanan Bolasepak PKNS 2007 di Kelana Jaya Selangor pada hari Sabtu, 15 Disember 2007. YFA Bintang Muda akan menghantar pasukan Bawah 8 Tahun (U8), Bawah 10 Tahun (U10) dan Bawah 18 Tahun (U18).

Sehubungan dengan itu, latihan pada hari Sabtu, 15 Disember 2007 telah dibatalkan. Walaubagaimanapun, latihan pada hari Ahad, 16 Disember 2007 akan berlangsung seperti biasa.

Beliau juga memaklumkan bahawa yuran bulanan YFA Bintang Muda yang sejak penubuhannya kekal pada kadar terendah disekitar Lembah Klang terpaksa dinaikkan untuk menampung kos pengurusan kelab.

Namun, mengambil kira faktor sokongan para ibubapa yang telah banyak memberi bekerjasama membangunkan YFA Bintang Muda, kadar kenaikan ini adalah yang paling minima dan diharap kenaikan ini tidak akan membebankan para ibubapa.

Oleh yang demikian, mulai Januari 2008, yuran baru yang telah ditetapkan adalah sebanyak RM40.00 sahaja. Diharap para ibubapa akan terus memberi sokongan kepada pengurusan kelab dan jika ada sebarang pertanyaan, sila merujuk kepada beliau.

YFA-BINTANGMUDA.COM juga ingin memaklumkan bahawa satu perlawanan persahabatan telah diadakan menentang Akademi Bolasepak FAM Bawah 12 Tahun pada hari Ahad, 9 Disember 2007 bertempat di Kompleks Sukan Bukit Jalil.

YFA Bintang Muda telah menghantar 2 pasukan iaitu Bawah 12 tahun dan Bawah 10 Tahun. Melihat kepada persembahan serta keputusan perlawanan pasukan Bawah 12 Tahun serta Bawah 10 Tahun, YFA-BINTANGMUDA-COM pasti, kedua dua pasukan ini dapat pergi lebih jauh lagi dalam sukan bolasepak.

Sekian, harap maklum.

09 Disember, 2007

CIMB FOUNDATION-YFA BINTANG MUDA U16 MENYERLAH!


CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah dijemput untuk memeriahkan pertandingan tahunan bolasepak yang dikenali sebagai Kejohanan Bolasepak U16 Piala Ketua Pemuda PAS Selangor 2009.

Kejohanan ini telah berlangsung di Padang Awam Semenyih, Semenyih Selangor pada 6 Disember 2009. Sebanyak 32 pasukan telah menyrtai kejohanan ini yang berformatkan 'kalah mati'.

CIMB Foundation - YFA Bintang Muda berpeluang menguji pasukan U16 & U14 kita sebelum menjelangnya Kejohanan RSC pada 12 Disember 2009 nanti. Nyata, penyertaan kita ini tidak pulang dengamn tangan kosong kerana CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah dinobatkan sebagai juara apabila berjaya memenangi kesemua perlawanan dengan bergaya. SYABAS!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...